Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.di] | کندي

Definisi : sj bekas air yg bermuncung (bercerat) dan bertangkai (dibuat drpd tembikar atau tin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.di] | کندي

Definisi : ; burung ~ 1. sj burung gajah, burung pisau raut, Numenius phaeopus variegaus; 2. sj burung, burung raut, Numenius arquata ocientalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.di] | کندي

Definisi : bekas air yg bermuncung dan bertangkai (biasanya dibuat drpd tembikar atau logam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kendi

Puisi
 

Hendak diminum di dalam kendi,
     Kendi berada di dalam kaca;
Jangan dipujuk jangan dipuji,
     Di dalam puji saya terkena.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga...... Kendi dalam ayat tersebut merujuk kepada kendi bekas air atau burung kendi (sejenis burung laut/burung gajah) atau pun sebenarnya KUNDI. Mohon penjelasan, terima kasihUngkapan yang betul ialah kundi. Kundi ialah sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu.Lain-lain15.04.2012
apa makna umpama kendi dengan kurek? yang mana kendi,yang mana kurek?

Saudara,

Untuk makluman, tiada ungkapan ini di dalam rekod kami. Walau bagaimanapun makna kendi ialah   sj bekas air yg bermuncung (bercerat) dan bertangkai (dibuat drpd tembikar atau tin), manakala makna kurik(bukan kurek) ialah bintik-bintik, rintik-rintik. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

 

Makna27.12.2009
saya ingin bertanyakan pantun di bawah, yang mana tepat yang kurik itu kundi, yang merah itu saga; yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. atau yang kurik itu kendi, yang merah itu saga; yang baik itu budi, yang indah itu bahasa 'kundi' atau 'kendi' yang mana satu betul...dan tolong beri alasanUngkapan yang betul ialah kundi. Kundi ialah sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu.Istilah21.10.2010
yang kurik itu kendi yang merah itu saga yang baik itu budi yang indah itu bahasa ..betulkan susunan kata dan ejaan pada pantun ini.Yang betul ialah 'Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga'. Harap maklum.Ejaan26.08.2008
Memerlukan kepastian berkenaan yang benar antara berikut. A) Yang kurik itu kendi ATAU B) Yang kurik itu kundi. Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah Yang kurik itu kundi.Makna18.07.2007
1. Mana satu yang betul sama ada "yang korek itu kundi atau yang kurik itu kendi"....korek /kurik 2. Penggunaan imbuhan 'i'

Salam sejahtera,

Yang betul ialah 'Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga'.

Imbuhan merupakan bentuk terikat yang dicantumkan pada kata dasar dalam proses pembentukan kata. Imbuhan terdiri daripada empat jenis: awalan, akhiran, sisipan, dan apitan. Akhiran kata kerja -i diterangkan dengan jelas dalam buku Tatabahasa Dewan, mulai halaman 183. Kata Kerja akhiran -i  membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Untuk melihat contoh ayat yang digunakan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa16.11.2012
Adakah bahasa Melayu baku mempunyai nama untuk alat pencuci tangan serupa teko dan sering berganding dengan balang berpenutup berlubang yang menadah air cucian? Sering jumpa di kenduri-kenduri Melayu tetapi saya tidak tahu namanya.Nama yang boleh digunakan ialah cerek basuh tangan, teko basuh tangan atau kendi basuh tangan.Lain-lain16.01.2019
Apakah maksud: 1. Jejantung 2. Jari-jari 3. Kipas-kipas 4. Lelabu 5. Pepijat 6. Susup-sasap1. Perkataan jejantung tiada dalam data kami.
2. Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari  atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari.
3. Kipas-kipas bermaksud banyak kipas.
4. Labu bermaksud a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk);

5. Pepijat ialah nama sejenis kutu yg busuk baunya; kepinding, Cimex lectularius.

6. Susup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari.

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa20.12.2013

Kembali ke atas