Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : perjamuan makan (yg lazimnya didahului oleh zikir, doa, dsb) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dll), selamatan: malam itu diadakan ~ di surau tersebut; ~ apam kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); ~ arwah kenduri utk memperingati (mendoakan) orang yg telah meninggal; ~-kendara ber­bagai-bagai jenis kenduri; ~ kunut kenduri yg diadakan dlm bulan puasa; ~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi; ~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; ~ moreh kenduri yg diadakan dlm bulan puasa (pd waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih); ~ selamat kenduri kerana bersyukur atas sela­matnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dll); berkenduri mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri; mengendurikan 1. mengadakan kenduri utk (memperingati orang mati dll): orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; 2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu utk kenduri: daging kambing itu pun dikendurikan; kanduri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : ; ~ batang sj tumbuhan (pokok), saga, Adenanthera paronina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : majlis jamuan makan utk meminta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal dll. ~ arwah kenduri utk mendoakan orang yg telah meninggal. ~-kendara berbagai-bagai jenis kenduri. ~ Maulud kenduri utk menyambut hari Maulud. berkenduri mengadakan kenduri; menghadiri kenduri. mengendurikan menggunakan sesuatu utk berkenduri: Dia ~ daging korban itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenduri (kata nama)
Bersinonim dengan moreh, lat, penjamuan makan, doa selamat, sedekah, tolak bala.,

Puisi
 

Anak dara menumbuk pandan,
     Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
     Segala yang buruk letak ke tepi.


Lihat selanjutnya...(6)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kenduri Bahasa sempena BBK peringkat WPKLDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2011 
Kenduri Bahasa dan Majlis Penangguhan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Negeri SelangorPusat Dokumentasi MelayuTiada2010 
Kenduri Bahasa 2011Dewan Bahasa dan PustakaTiada2011 
Kenduri Bahasa Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011Dewan Bahasa dan PustakaTiada2011 
Kenduri Bahasa dan Majlis Penutup Bulan Bahasa Kebangsaan 2010Pusat Dokumentasi MelayuTiada2010 
Kenduri Bahasa Tiada2012 
Kenduri BahasaDewan Bahasa dan PustakaTiada2009 
Kenduri bahasaPusat Dokumentasi MelayuTiada2010 
Kenduri Bahasa Salinan dari DBP Wilayah UtaraDewan Bahasa dan PustakaTiada2009 
Kenduri besar'K' Publishing Sdn. Bhd.Tiada20049838523585
12

Kembali ke atas