Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : perjamuan makan (yg lazimnya didahului oleh zikir, doa, dsb) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dll), selamatan: malam itu diadakan ~ di surau tersebut; ~ apam kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); ~ arwah kenduri utk memperingati (mendoakan) orang yg telah meninggal; ~-kendara ber­bagai-bagai jenis kenduri; ~ kunut kenduri yg diadakan dlm bulan puasa; ~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi; ~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; ~ moreh kenduri yg diadakan dlm bulan puasa (pd waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih); ~ selamat kenduri kerana bersyukur atas sela­matnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dll); berkenduri mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri; mengendurikan 1. mengadakan kenduri utk (memperingati orang mati dll): orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; 2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu utk kenduri: daging kambing itu pun dikendurikan; kanduri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : ; ~ batang sj tumbuhan (pokok), saga, Adenanthera paronina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : majlis jamuan makan utk meminta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal dll. ~ arwah kenduri utk mendoakan orang yg telah meninggal. ~-kendara berbagai-bagai jenis kenduri. ~ Maulud kenduri utk menyambut hari Maulud. berkenduri mengadakan kenduri; menghadiri kenduri. mengendurikan menggunakan sesuatu utk berkenduri: Dia ~ daging korban itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenduri (kata nama)
Bersinonim dengan moreh, lat, penjamuan makan, doa selamat, sedekah, tolak bala.,

Puisi
 

Anak dara menumbuk pandan,
     Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
     Segala yang buruk letak ke tepi.


Lihat selanjutnya...(6)

Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
nampang rua kenduri arwahNampang rua peneruun ta’ elou ketujuh.Kenduri arwah diadakan pada hari ketujuh.budayaBajau
moso duo kenduri (kesyukuran))Moso duo segaa bei jo anaknei pas diom peraksoon.Mereka mengadakan kenduri kerana anaknya lulus peperiksaan.budayaBajau
mbangi pitu’ kenduri arwah hari ketujuh kematianMbangi pitu’ tu nembali kerabau segaa.Pada hari ketujuh kenduri arwah mereka menyembelih kerbau.budayaBajau
nutup kenduri arwah mulai hari pertama kematian sehinga hari ketujuh (majlis tahlil)Segaa nutup sebetah 7 mbangi setuut-tuut.Mereka mengadakan kenduri arwah selama tujuh hari berturut-turut.budayaBajau
ngenduang majlis kenduri arwahSegaah anu teko beneanan duang sebetah maidan ngenduang.Tetamu yg hadir akan dihadiahkan buah tangan pd majils kenduri arwah.budayaBajau
pertamuan kenduri arwah (tarikh kematian)12 embangi buan tu pertamuan dembula’ aa.12 haribulan ini ulang tahun kematian arwah itu.budayaBajau
nggunting umur majlis kenduri menggunting rambut anak baru lahirSegaa menuun maidan nggunting umur.Mereka mengadakan majlis menggunting rambut.budayaBajau
mara’-mara’ menjemput masyarakat kg ke majlis kenduri kahwin dan sbgEndangan bei nelantik untuk mara’-mara’.Seseorang dilantik utk menjemput org kampung.budayaBajau
sampur pemberian berupa kuih dll kpd tetamu yang hadir dalam majlis kenduri (sagu hati)Segaa muan ta’ bangan jomo sampur.Mereka memberikan sagu hati kpd tetamu.budayaBajau
lapat beras pulut yg dimasak kemudian dibalut dgn saud sulad, bentuk tiga segiJomo Sama Tuaran muat lapat ta’ musim nampang rua.orang Bajau Tuaran membuat lapat apabila kenduri arwah.makanan dan minumanBajau

Kembali ke atas