Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : perjamuan makan (yg lazimnya didahului oleh zikir, doa, dsb) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dll), selamatan: malam itu diadakan ~ di surau tersebut; ~ apam kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); ~ arwah kenduri utk memperingati (mendoakan) orang yg telah meninggal; ~-kendara ber­bagai-bagai jenis kenduri; ~ kunut kenduri yg diadakan dlm bulan puasa; ~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi; ~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; ~ moreh kenduri yg diadakan dlm bulan puasa (pd waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih); ~ selamat kenduri kerana bersyukur atas sela­matnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dll); berkenduri mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri; mengendurikan 1. mengadakan kenduri utk (memperingati orang mati dll): orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; 2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu utk kenduri: daging kambing itu pun dikendurikan; kanduri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : ; ~ batang sj tumbuhan (pokok), saga, Adenanthera paronina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : majlis jamuan makan utk meminta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal dll. ~ arwah kenduri utk mendoakan orang yg telah meninggal. ~-kendara berbagai-bagai jenis kenduri. ~ Maulud kenduri utk menyambut hari Maulud. berkenduri mengadakan kenduri; menghadiri kenduri. mengendurikan menggunakan sesuatu utk berkenduri: Dia ~ daging korban itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenduri (kata nama)
Bersinonim dengan moreh, lat, penjamuan makan, doa selamat, sedekah, tolak bala.,

Puisi
 

Anak dara menumbuk pandan,
     Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
     Segala yang buruk letak ke tepi.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
feastkenduriPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
الإعلان بالنكاحpengisytiharan nikahAgama IslamFiqhPemberitahuan umum mengenai perkahwinan seseorang, contohnya dengan cara walimah (kenduri) dan sebagainya.
beduanbeduanKesenianDrama dan Teater1. Watak perantara yang boleh berbicara dengan makhlukhalus yang meresap ke dalam tubuh Tok Halak atau bomoh dalam persembahan tarian ritual orang asli yang dipanggil sewang. Upacara sewang merupakan satu upacara berbentuk ritual perubatan yang bertujuan mengubati penyakit yang disebabkan oleh semangat jahat. 2. Pemain ensembel muzik yang menggunakan alat daripada jenis tabuh. Beduan memukul gendang dengan jari sambil menyanyi dengan menghalakan muka ke dalam gendang atau rapat ke tepi gendang. Beduan biasanya mengiringi majlis kenduri atau majlis sambutan tertentu. Beduan hanya terdapat di Perlis dan Kedah.
ornamental contentkandungan hiasanKesusasteraanTiadaBahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: �Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.� (Hikayat Indera Putera). Pemerian kecantikan seorang puteri pula diungkapkan seperti yang berikut: �pipinya bagai pauh dilayang, bahunya seperti bahu wayang, lehernya suka ditentang dayang, pinang dimakan berbayang-bayang, hidungnya seperti kuntum melur, wajahnya laksana kuning telur, putih sifatnya warna hablur, berpatutan sanggul mayang mengekur, bibirnya seperti pati dicarik, lehernya laksana gumba dilarik, berpatutan sunting bunga anggerik, demikianlah bertambah rupanya baik�. (Syair Bidasari) Banding kandungan generatif.
symbolismperlambanganKesenianSeni BinaPenggunaan sesuatu lambang atau simbol untuk melahirkan sesuatu idea atau maksud yang jauh lebih mendalam dan signifikan. Ia merupakan satu gagasan pemikiran yang menjurus kepada pemberian lambang terhadap sesuatu unsur yang dianggap unggul atau bersifat suci bagi tujuan untuk mengambarkan kehadiran unsur tersebut. Dalam seni bina, pendekatan perlambangan cuba untuk menzahirkan kehadiran unsur dan menunjukkannya dalam bentuk lambang atau kiasan, sama ada pada mukaan bangunan atau bentuk bangunan. Perlambangan dalam seni bina tradisional Melayu misalnya, dapat dilihat dalam pelbagai aspek seperti binaan, adat istiadat dan juga penggunaan corak dan hiasan. Contohnya, pembinaan ruang anjung dan serambi di rumah-rumah Melayu melambangkan sifat masyarakat yang suka menerima kunjungan tetamu selain berfungsi sebagai tempat berkumpul dan mengadakan aktiviti kenduri-kendara. Contoh lain ialah penggunaan corak ukiran yang berkeluk-keluk dalam keadaan tunduk ke bawah yang melambangkan jiwa dan keperibadian masyarakat Melayu yang penuh kelembutan, tidak meninggi diri, dan mempunyai jiwa kehambaan dalam hubungannya dengan Pencipta. Walau bagaimanapun, penggunaan perlambangan tidak dianggap tulen kerana ia bertentangan dengan lunas pembangunan seni bina yang sepatutnya merujuk kepada penyesuaian terhadap amalan dan budaya pengguna bangunan serta penyelesaian terhadap iklim dan persekitaran, tempat bangunan tersebut dibangunkan.

Kembali ke atas