Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perjamuan makan (yg lazimnya didahului oleh zikir, doa, dsb) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dll), selamatan: malam itu diadakan ~ di surau tersebut; ~ apam kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); ~ arwah kenduri utk memperingati (mendoakan) orang yg telah meninggal; ~-kendara ber­bagai-bagai jenis kenduri; ~ kunut kenduri yg diadakan dlm bulan puasa; ~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi; ~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; ~ moreh kenduri yg diadakan dlm bulan puasa (pd waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih); ~ selamat kenduri kerana bersyukur atas sela­matnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dll); berkenduri mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri; mengendurikan 1. mengadakan kenduri utk (memperingati orang mati dll): orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; 2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu utk kenduri: daging kambing itu pun dikendurikan; kanduri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kenduri (kata nama)
Bersinonim dengan moreh, lat, penjamuan makan, doa selamat, sedekah, tolak bala.,

Puisi
 

Anak dara menumbuk pandan,
     Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
     Segala yang buruk letak ke tepi.


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
feast<i>n i> 1. <i>banqueti>, kenduri, jamuan (makan); 2. <i>religious festivali>, perayaan (agama);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spare<i> she wanted to ~ her parents the expense of a large wedding,i> dia hendak melepaskan ibu bapanya drpd menanggung perbelanjaan utk mengadakan kenduri kahwin yg besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
turned out<i>adji> berpakaian: <i>the village girls were all prettily ~ on the day of the feast,i> gadis-gadis kampung itu berpakaian cantik pd hari kenduri itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pool 2kita boleh berunding dan mengumpulkan buah fikiran kita; <i>they ~ed their information about the murder and were able to identify the murderer,i> mereka mengumpulkan maklumat ttg pembunuhan itu lalu dapat mengenal pasti pembunuhnya; <i>the villages ~ed their food resources for the feast,i> penduduk-penduduk kampung itu mengumpul sumber makanan mereka utk mengadakan kenduri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas