Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.tal] | کنتل

Definisi : 1. (berkeadaan) antara cair dgn keras atau beku, hampir beku, sangat pekat (hingga tidak boleh mengalir spt air): setelah dipanaskan agak lama, benda ini menjadi ~ spt agar-agar yg separuh beku; 2. karib, akrab (bkn persahabatan); sahabat ~ sahabat karib; 3. teguh, kukuh, kuat: usaha-usaha ini memerlukan semangat yg ~ dan sanggup berusaha tanpa mengenal jemu; mengental menjadi kental (pekat), hampir membeku: bancuhan kuih dodol itu ~ setelah dipanaskan sambil dikacau beberapa lama; mengentalkan menjadikan kental, meme­katkan (hingga tidak boleh mengalir spt cecair); ~ persahabatan mengukuhkan (me­ngaribkan) persahabatan; kentalan benda yg kental; kekentalan perihal kental, sifat (keadaan) kental; pengentalan perihal atau perbuatan me­ngental atau mengentalkan; pengental bahan (benda) yg mengentalkan: ~ susu getah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.tal] | کنتل

Definisi : hampir beku; pekat. mengental menjadi hampir beku; menjadi kental. mengentalkan menjadikan kental. pengentalan perihal mengental atau mengentalkan. pengental bahan yg mengentalkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kental (adjektif)
1. Bersinonim dengan pekat: likat, menjelunut, melekat, ganteng, bergelintin, gadik, lekit, tidak cair,
Berantonim dengan cair

2. Bersinonim dengan akrab: karib, erat, rapat, mesra,

3. Bersinonim dengan teguh: kukuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : mengental, mengentalkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
firmkukuh; tegas; firma; pejal; padat; kentalPentadbiran PerniagaanTiadaKental: Keadan antara cair dengan keras atau beku hingga tidak boleh mengalir seperti air.
inspissationpemekatanPerubatanTiada1. Proses menjadikan lebih pekat atau kental melalui penyerapan atau penyejatan.,2. Keadaan menjadi lebih pekat atau kental melalui penyerapan atau penyejatan.
tenaciousliat kental; kukuhPerubatanTiadaTiada
stiff doughdoh kentalPentadbiran PerniagaanTiadaDoh roti yang mengandungi sedikit cecair contohnya donut.
thickening timemasa kentalKejuruteraanTiadaTempoh yang diperlukan oleh buburan simen untuk mengental.
pumping timemasa kentalKejuruteraanTiadaTempoh yang diperlukan oleh buburan simen untuk mengental. Sinonim: thickening time
pumpability timemasa kentalKejuruteraanTiadaTempoh yang diperlukan oleh buburan simen untuk mengental.
future proof generationgenerasi kentalPendidikanTiadaGenerasi yang dilengkapi dengan pelbagai ilmu dan kemahiran seperti kemahiran berfikir, kekuatan rohani dan jasmani, keutuhan jati di yang mampu menghadapi masa hadapan yang banyak persaingan dan cabaran.
deep freezesejuk beku lampau; kental-bekuSejarahTiadaSatu keadaan yang tertunda atau tertangguh buat sementara waktu sehingga mendapat keterangan lanjut.
firmkukuh; tegas; firma; pejal; padat; kentalGeografiTiadaTiada
1234

Kembali ke atas