Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nya.ta.an] | کڽاتاءن

Definisi : 1. perihal nyata, kejelasan, keterangan: segala ~ telah menghilangkan segala sangkaan; 2. keadaan atau hal yg nyata, hakikat, kebenaran: akhirnya aku terpaksa menerima ~ itu juga; 3. sesuatu yg dinyatakan (diberitahukan, diumumkan, dll), penjelasan, pengumuman: Perdana Menteri membuat satu ~ penting melalui radio malam ini; papan ~; 4. sudah nyata, terbukti, ternyata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nya.ta.an] | کڽاتاءن

Definisi : 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar ber­laku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Peribahasa

Bermimpi mendapat emas,
     takkan membuat pura;
bermimpi mendapat padi,
     takkan membuat lumbung.

Bermaksud :

Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIBEL

Libel ialah kenyataan bertulis, bercetak

atau kenyataan lain dalam bentuk kekal yang

merosakkan nama baik seseorang. Gambar,

tanda dan maklumat yang disiarkan di radio

atau televisyen mungkin mengandungi libel.

Slander sama seperti libel. Walau bagaimanapun,

slander melibatkan kata-kata yang diucapkan

atau kenyataan yang dilafazkan yang merosakkan

nama baik seseorang. Di negara-negara yang

membenarkan kes-kes slander, mangsa slander

mesti dapat membuktikan bahawa nama baiknya

benar-benar tercemar. Dalam tindakan libel, bukti

bahawa nama baik seseorang itu telah tercemar

tidak diperlukan. Libel dan slander merupakan

bentuk fitnah . Biasanya individu menjadi sasaran

libel, tetapi syarikat atau perbadanan mungkin

membuat dakwaan kerana menyebabkan nama

syarikat atau perbadanannya terjejas.

UMUM 
PERLEMBAGAAN

Perlembagaan ialah kenyataan yang

menggariskan prinsip asas organisasi formal

yang telah dipersetujui. Perlembagaan dibuat

dari peringkat kerajaan negara hingga ke

peringkat kelab persendirian. Perlembagaan

menyatakan struktur dan tujuan sesebuah

organisasi itu ditubuhkan dan hak

warganegaranya atau ahlinya. Perlembagaan juga

menetapkan kuasa pegawai, cara mereka dipilih,

dan tempoh mereka memegang jawatan.

Perlembagaan juga disebut sebagai tataurusan

pertubuhan atau piagam (lihat Piagam ).

UMUM 
AKSIOM

Aksiom ialah kenyataan matematik yang

diandaikan benar. Aksiom dianggap sebagai

kebenaran nyata yang tidak boleh dibuktikan. Satu

contoh aksiom ialah aksiom selari dalam

geometri. Aksiom selari ini menyatakan bahawa

“melalui satu titik yang tidak terletak pada suatu

garisan yang ditentukan, satu, dan hanya satu,

garisan boleh dilukis selari dengan garisan yang

diperuntukkan”.

UMUM 
THIRTY-NINE ARTICLE

Thirty-Nine Article ialah satu kenyataan doktrin

yang dikeluarkan di England pada tahun 1563 dan

diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1571. Artikel

ini diwujudkan untuk menyelesaikan perbalahan

agama yang dibangkitkan oleh Reformasi Protestan.

Artikel ini menetapkan kedudukan agama yang

diterima semua oleh penduduk Inggeris. Artikel ini

masih kekal sebagai doktrin Gereja Anglikan dan

disahkan oleh paderi Gereja England.

UMUM 
ALBEE, EDWARD

Albee, Edward (1928– ) ialah penulis drama

yang menggunakan pelbagai gaya dengan meluas,

daripada kenyataan kepada fantasi. Albee

mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui

drama Who’s Afraid of Virginia Woolf? (1962).

Drama realistik ini berkisar tentang penelitian

perjuangan kuasa dan gabungan kekejaman dan

percintaan dalam perkahwinan.

UMUM 
ARMINIUS, JACOBUS

Arminius, Jacobus (1560–1609) ialah ahli

teologi Belanda. Dia cuba memberi satu tafsiran

tentang pandangan penganut berfahaman Calvin

yang amat taksub tentang takdir , kenyataan

bahawa Tuhan telah memilih tanpa syarat, siapa

yang akan diselamatkan dan siapa pula yang akan

dilaknat. Arminius menafikan takdir secara mutlak.

Dia menyampaikan ajaran bahawa takdir

berasaskan bahawa Tuhan mengetahui terlebih

dahulu siapa yang percaya kepada Jesus.

Bagaimanapun, setiap individu masih boleh

menolak seruan murni Roh Kudus dan hilang

penyelamatnya. Oleh itu, adalah tidak benar

bahawa setiap orang akan terjamin untuk

terselamat daripada dosa pembalasan. Doktrin

Arminius ini dinamakan Arminianisme.

UMUM 
PUISI SIMFONI

Puisi simfoni ialah komposisi orkestra yang

cuba menggambarkan idea bukan muzik dalam

muzik. Penggubah mengasaskan puisi simfoni

pada puisi, lakonan, cerita, episod dari sejarah,

pemandangan alam, lukisan dan kenyataan falsafah.

Puisi simfoni berkembang daripada overtur

konsert . Seperti overtur konsert, kebanyakan puisi

simfoni terdiri daripada satu babak (bahagian).

Tetapi sesetengahnya ditulis dengan lebih bebas

dan lebih panjang.

UMUM 
NOTA KAKI

Nota kaki ialah nota yang dicetak dalam huruf

kecil di sebelah bawah sesuatu halaman. Ia

digunakan untuk memberi maklumat yang terlalu

panjang atau terlalu terperinci untuk dimasukkan ke

dalam kenyataan yang asal. Nota kaki kadangkala

digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan

atau idea yang mungkin mudah disalahertikan,

tetapi biasanya ia hanyalah memetik sumber atau

kewibawaan untuk menjelaskan apa yang dikatakan

oleh pengarang. Nota kaki membantu memendekkan

ayat dan membebaskannya daripada fakta yang

berlebihan.

UMUM 
SHERWOOD, ROBERT EMMET

Sherwood, Robert Emmet (1896–1955),

penulis drama, wartawan, dan periwayat Amerika

yang menekankan keburukan peperangan dalam

penulisannya. Dramanya, iaitu Idiot’s Delight (1936)

meratapi ketibaan meletusnya peperangan di

Eropah. Abe Lincoln in Illinois (1938) menggunakan

kata-kata Lincoln untuk menunjukkan betapa

perlunya tindakan tegas ketika berhadapan dengan

peperangan. There Shall Be No Night (1940)

menentang perlanggaran Kesatuan Soviet ke atas

Finland. Ini juga adalah pendirian Sherwood

terhadap apa yang disebut sebagai keinginan

setiap manusia untuk melarikan diri daripada

kenyataan. Ketiga-tiga drama ini memenangi

Hadiah Pulitzer.

UMUM 
NAZAM

NAZAM, sejenis gubahan puisi. Nazam terdiri daripada dua larik serangkap dengan jumlah perkataan antara empat hingga enam dalam selarik, dengan jumlah antara lapan hingga 14 suku kata; menggunakan skema rima a-a, a-b, c-b atau serima (monorhyme), dengan sedikit variasi dan kekecualian (misalnya dengan jumlah perkataan lebih dari 10). Seuntai nazam mungkin selesai dengan satu rangkap, tetapi biasanya memerlukan beberapa rangkap atau lirik untuk kenyataan suatu keseluruhan.

SASTERAAdat

Kembali ke atas