Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nya.ta.an] | کڽاتاءن

Definisi : 1. perihal nyata, kejelasan, keterangan: segala ~ telah menghilangkan segala sangkaan; 2. keadaan atau hal yg nyata, hakikat, kebenaran: akhirnya aku terpaksa menerima ~ itu juga; 3. sesuatu yg dinyatakan (diberitahukan, diumumkan, dll), penjelasan, pengumuman: Perdana Menteri membuat satu ~ penting melalui radio malam ini; papan ~; 4. sudah nyata, terbukti, ternyata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nya.ta.an] | کڽاتاءن

Definisi : 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar ber­laku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Peribahasa

Bermimpi mendapat emas,
     takkan membuat pura;
bermimpi mendapat padi,
     takkan membuat lumbung.

Bermaksud :

Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inequivalenceketaksetaraanKejuruteraanTiadaGet logik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: jika salah satu kenyataan atau masukan P dan Q adalah benar/tinggi, maka hasil kenyataan/kenyataan adalah benar, tetapi kenyataan/masukan adalah palsu/kosong jika kedua-dua P dan Q adalah benar/sama.
axioms of politiclunas politik/aksioma politikSains PolitikTiadaPrinsip-prinsip atau kenyataan-kenyataan yang dianggap menjadi hakikat politik.
fraudulent misrepresentationsalah nyata tipuan; salah nyata fraudPentadbiran PerniagaanTiadaKenyataan yang sengaja dipalsukan bertujuan supaya orang lain bertindak ke atas kenyataan tersebut yang boleh merugikan mereka atau kenyataan yang dibuat secara lalai atau cuai tanpa mengambil kira sama ada kenyataan itu benar atau palsu.
ibaratibaratKesusasteraanPuisiSuatu bentuk puisi tradisional yang digunakan untuk mengumpamakan atau membandingkan sesuatu kenyataan dengan sesuatu kenyataan yang lain, seperti alam. Pada kebiasaannya penggunaan bentuk ini dimulakan dengan perkataan umpama, ibarat, laksana, bagai, seperti dan sebagainya. Contohnya, perumpamaan di bawah. Laksana telur sesangkar pecah sebiji pecah semua. lbarat burung, mata terlepas badan terkurung.
media call reportlaporan panggilan mediaKomunikasiKorporatKenyataan bercetak yang diedarkan kepada pemberita. Kenyataan ini mengandungi makluman tentang peristiwa yang akan berlaku, tempat, masa, dan maklumat lain seperti atur cara dan ringkasan peristiwa yang boleh membantu pemberita merancang liputan berita. Kenyataan makluman tersebut biasanya diedarkan kepada pemberita oleh penyunting pada waktu pagi sebelum sesuatu acara berlangsung. Makluman tersebut dapat membantu penyunting untuk melaksanakan agihan kerja dalam kalangan pemberita yang bertugas pada hari berkenaan..
conclusivekenyataan muktamadKomunikasiTiadaKenyataan mengenai sesuatu berita atau mesej komunikasi yang diyakini benar tanpa dipertikaikan kesahihannya.
declarative statementkenyataan pengisytiharanKomputerTiadaKenyataan yang terdiri daripada suruhan atur cara dalam bentuk simbolik yang digunakan untuk menentukan nilai, ciri, atau fungsi pemboleh ubah, pemalar, atau proses dalam atur cara.
press statementkenyataan akhbarKomunikasiTiadaKenyataan atau pengumuman rasmi yang dibuat melalui akhbar dan boleh disiarkan melalui siaran televisyen, radio dan sebagainya.
generalized statementkenyataan umumPendidikanTiadaKenyataan daripada hasil kajian yang boleh dibuat kesimpulan.
certificate of issuekenyataan keluaranPerpustakaanTiadaKenyataan yang tercetak dalam Edisi Terhad yang memperakukan jumlah naskhah yang dicetak dan kadangkala berkenaan dengan autograf penulis dan/atau pelukis ilustrasi.
12345678910...

Kembali ke atas