Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pah.la.wa.nan] | کڤهلاونن

Definisi : perihal gagah berani (berani berjuang dll), keberanian, keperwiraan: kita puja Rizal kerana semangat nasionalismenya dan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pah.la.wa.nan] | کڤهلاونن

Definisi : sifat-sifat pahlawan; keberanian dan kegagahan: Nama Hang Tuah dan semangat ~nya tetap hidup dlm ingatan bangsa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pahlawan (kata nama)
Bersinonim dengan wira, pendekar, bahadur, sateria, kesateria, perwira, panglima, perajurit, pejuang, srikandi, wirawati, hulubalang, mahaguru, hero, protagonis;,
Kata Terbitan : kepahlawanan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EPIK MELAYU

EPIK MELAYU, cerita tentang kewiraan atau kepahlawanan tokoh utama yang istimewa bagi bangsa Melayu. Epik selaunya digubah dalam bentuk puisi naratif yang panjang dengan menitikberatkan unsur kepahlawanan tokoh utamanya yang dicampuradukkan dengan unsur mitos, legenda, dongeng, dan cerita sejarah. Epik juga biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesuatu bangsa, bahkan epik merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut. Dengan kata lain, tumpuan penceritaan sebuah epik adalah  kepahlwanan wiranya. Sifat dan perlakuan yang bercirikan kepahlwanan sangat diutamakan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran untuk membuktikan kehandalannya dan masyarakat dapat pula menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.

SASTERAPenerbitan
TARIAN DABUS

TARIAN DABUS, tarian tradisional negeri Perak. Tarian yang berunsur keagamaan ini berasal dari negeri Arab. Ia dipercayai diperkenalkan oleh pengikut Sayidina Ali (kaum Syiah), untuk menakutkan pihak musuh. Para penarinya menggunakan dabus (senjata tajam) untuk memperlihatkan kehandalan dan kepahlawanan. Sehubungan dengan itu, unsur-unsur ilmu pertapaan dan mistik tidak dapat dielakkan dalam tarian ini dalam usaha untuk menonjolkan kekebalan diri. Mereka tidak berasa sakit walaupun dicucuk atau ditusuk dengan senjata yang tajam.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
CERITA PANTUN SUNDA

CERITA PANTUN SUNDA, jenis epik kepahlawanan berunsur tempatan dalam sastera Sunda. Cerita ini dikenal sebagai cerita pantun walaupun ia disampaikan dalam bentuk prosa lisan. Untuk bahagian tertentu, bentuk puisi digunakan untuk memerikan kecantikan puteri, ketampanan putera Siliwangi, keadaan kota atau hutan, dan pertempuran yang terjadi antara pasukan putera Pajajaran dengan raja-raja daerah.

  

SASTERAKonsep
BURUNG-BURUNG MANYARBURUNG-BURUNG MANYAR,  novel-esei Y.B. Mangunwijaya.  Novel ini berkisar di sekitar makna kepahlawanan dan patriotisme, dengan latar tiga zaman, yakni zaman penjajahan Belanda, revolusi dan zaman kemerdekaan Indonesia.  Novel yang penuh dengan huraian ini diterbitkan pada tahun 1981 oleh penerbit Djambatan, Jakarta.SASTERAKitab
OATES, LAWRENCE EDWARD GRACE

Oates, Lawrence Edward Grace (1880–1912)

ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi

British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten

Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu

pada tahun 1910 dan pada tahun 1912

menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang

sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang,

dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran

untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli

lain. Dengan semangat kepahlawanan yang

sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga

menemui maut dalam ribut salji. Semasa

meninggalkan khemahnya, dia berkata, “Saya mahu

keluar; mungkin agak lama.”

Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan

tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir,

dan India.

UMUM 
PANGLIMA

PANGLIMA, gelaran yang diberikan kepada tokoh yang mempunyai sifat kepahlawanan seperti berani, bijak dan tangkas bermain senjata.  Seorang panglima mestilah sudah mengetahui dan mempelajari segala selok belok ilmu hulubalang.  Dalam kehidupan sehari-hari masyarakat tradisi Melayu, gelaran panglima lazim diberikan kepada individu yang berlagak atau mempunyai sifat dan ilmu tersebut.  Kadangkala seorang panglima juga dilantik menjadi ketua daerah atau angkatan perang dan pertahanan diraja kerana kegagahan dan ketaatannya.  Walau bagaimanapun 'panglima' lebih merupakan gelaran dan bukan pangkat yang tetap seperti laksamana.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
SASTERA EPIK

SASTERA EPIK, karya naratif yang pada awalnya digubah dalam bentuk puisi yang panjang yang kadangkala dikenal juga sebagai sastera pahlawan.  Sastera epik mengemukakan sifat kepahlawanan tokoh utamanya dalam satu tentetan peristiwa yang dianggap penting bagi perjalanan sejarah bangsa yang melahirkannya.

SASTERAKonsep
TOMBAK

TOMBAK, sejenis senjata yang digunakan oleh pahlawan Melayu semenjak zaman Kesultanan Melaka. Kegunaan senjata ini telah digambarkan dalam buku-buku sejarah yang mengisahkan crita kepahlawanan orang Melayu. Bentuk dan sifat tombak lsama seperti lembing, kecuali berbeza pada bentuk matanya, iaitu mata tombak dibentuk tirus dan tajam ke hujung. Lebar mata tombak berukuran lebih kurang 2 cm hingga 4 cm.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas