Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pah.la.wa.nan] | کڤهلاونن

Definisi : perihal gagah berani (berani berjuang dll), keberanian, keperwiraan: kita puja Rizal kerana semangat nasionalismenya dan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pah.la.wa.nan] | کڤهلاونن

Definisi : sifat-sifat pahlawan; keberanian dan kegagahan: Nama Hang Tuah dan semangat ~nya tetap hidup dlm ingatan bangsa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pahlawan (kata nama)
Bersinonim dengan wira, pendekar, bahadur, sateria, kesateria, perwira, panglima, perajurit, pejuang, srikandi, wirawati, hulubalang, mahaguru, hero, protagonis;,
Kata Terbitan : kepahlawanan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
mansayau Mrsejenis tarian suku kaum Murut yang menggambarkan tentang sifat kepahlawanan kaum Murut serta digunakan untuk upacara mengubati orang sakit dan pada acara ini seorang bomoh akan digunakan dan biasanya diadakan dalam upacara Mensilad. Tarian ini juga sering dipersembahkan ketika hendak berpindah ke rumah baru atau ketika majlis keramaian seperti pesta menuai atau majlis kahwin.Dari pergerakan jelas memperlihatkan yang Tarian Mansayau ini memperlihatkan soal kegagahan suku kaum berkenaan di medan peperangan. Jadi, pada umumnya tarian ini ditarikan oleh pahlawan-pahlawan suku kaum Murut yang selalu menghadiri upacara mengayau atau merayau.Tarian kepingan besiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kayau Ib, Khmembunuh orang untuk diambil kepala dan harta bendanya dengan tujuan untuk mendapat pengiktirafan atas keberanian dan kepahlawanan seseorangPeperangan ataupun kayau terbesar yang pernah mereka lakukan ialah kayau menentang Apai Sabit Bekait semasa mereka mengayau ke langit. Mereka berjaya dalam kayau ini dengan membunuh ramai musuh.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas