Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pah.la.wa.nan] | کڤهلاونن

Definisi : perihal gagah berani (berani berjuang dll), keberanian, keperwiraan: kita puja Rizal kerana semangat nasionalismenya dan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pah.la.wa.nan] | کڤهلاونن

Definisi : sifat-sifat pahlawan; keberanian dan kegagahan: Nama Hang Tuah dan semangat ~nya tetap hidup dlm ingatan bangsa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pahlawan (kata nama)
Bersinonim dengan wira, pendekar, bahadur, sateria, kesateria, perwira, panglima, perajurit, pejuang, srikandi, wirawati, hulubalang, mahaguru, hero, protagonis;,
Kata Terbitan : kepahlawanan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heroic legendslegenda wiraanKesusasteraanTiadaKisah kepahlawanan seseorang tokoh yang diceritakan secara berlebih-lebihan walaupun ada kesahihannya dari segi sejarah. Contoh: Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah dan Badang dalam Sejarah Melayu.
bharatayudhabharatayudhaKesenianDrama dan TeaterEpik kepahlawanan yang menceritakan peperangan antara dua buah kerajaan, iaitu Pandawa dengan Korawa. Bharatayudha ialah saduran daripada epik Mahabharata di India dan biasanya digunakan sebagai repertoir dalam persembahan wayang purba.
epicepikKesusasteraanTiadaNaratif yang mengisahkan pengembaraan atau kepahlawanan tokoh penting dalam sejarah atau tokoh yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau sesebuah negara. Biasanya, kisah epik berkisar tentang seorang tokoh yang wujud dalam sejarah, legenda atau kepercayaan masyarakat setempat. Kisah pengembaraan dan wira pula meliputi alam nyata dan alam kayangan, melibatkan manusia dewa, peristiwa logik dan fantasi dan sebagainya. Biasanya, epik wujud dalam bentuk puisi dan prosa yang panjang dengan penampilan nilai konvensi, estetik, dan mutu kepengarangan yang tinggi. Terdapat dua jenis epik. Pertama, epik rakyat (epik tradisional/epik primer), iaitu epik yang wujud dalam masyarakat lisan dengan pengarang yang tidak diketahui namanya. Epik berkenaan banyak bersumberkan unsur mitos dan legenda yang wujud dalam tradisi kepercayaan masyarakat tersebut. Kedua, epik seni (epik sekunder), iaitu epik yang muncul dalam budaya tulisan dan kebanyakannya dihasilkan oleh pengarang yang terkenal. Antaranya ialah Iliad dan Odyssey oleh Homer (Yunani). Contohnya, dalam karya berjudul Iliad, terdapat kisah wira Yunani bernama Achilles, anak kepada Nereid yang berperang dalam Peperangan Trojan. Dalam karya berjudul Paradise Lost oleh Milton (Inggeris) pula, terdapat kisah kekalahan dan kejatuhan manusia. Contoh karya epik Parsi ialah Shah-nama oleh Firdawsi. Antara karya epik seni yang penting dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Seri Rama dan Hikayat Hang Tuah. Lihat juga epik rakyat, epik seni.
romanceroman; hikayatKesusasteraanTiada1. Prosa naratif yang mengisahkan tentang kepahlawanan, kehebatan, pengembara dan percintaan.,2. Novel prosa rekaan yang panjang yang menonjolkan tokoh-tokoh dan menampilkan serangkai peristiwa dan latar secara tersusun.
Gothic novelnovel GothKesusasteraanTiadaNovel yang berciri magis, misteri dan kepahlawanan.
epicepikKesusasteraanTiadaProsa atau puisi panjang dalam bentuk naratif mengisahkan tentang kepahlawanan seseorang tokoh penting dalam sejarah atau tokoh yang menjadi legenda satu-satu bangsa atau negara.
heroic epicepik wiraKesusasteraanTiadaProsa dan puisi panjang dalam bentuk naratif yang mengisahkan kepahlawanan seseorang tokoh sejarah atau tokoh legenda.
chivalric romanceroman kesateriaanKesusasteraanTiadaRoman yang dihasilkan dalam zaman pertengahan, mencerminkan perjuangan dan kepahlawanan seorang pahlawan atau satria.
triplettriplet;kembar tigaKesusasteraanTiadaStanza yang mengandungi 3 baris rima yang berurutan; kuplet bersifat kepahlawanan kadangkala muncul berbagai jenis triplet.
heroic poetrypuisi wiraanKesusasteraanPuisiPuisi yang mengungkapkan tentang tokoh sejarah, terutama yang berhubung dengan sifat-sifat kepahlawanan, kegagahan, keberanian dan ketaatsetiaan terhadap pemerintah. Contohnya, puisi "Tok Janggut" karya Rahimidin Zahari.
12

Kembali ke atas