Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sayap: ayam jantan itu mengibar-ngibarkan ~nya; ~ burung; ~ kupu-kupu; 2. bahagian sesuatu yg menyerupai sayap; ~ pintu daun pintu; berkepak 1. mempunyai kepak, bersayap (burung, agas, dll): setengah-setengah haiwan yg ~ tidak dapat terbang; ada burung yg ~ besar dan ada yg ~ kecil; 2. berdaun (bkn pintu, tingkap): pintu ~ dua; 3. = berkepak­-kepak mengibarkan kepak (spt ayam jantan yg hendak berkokok); mengepak-ngepak = terkepak-kepak berkepak-kepak, mengibar-ngibarkan kepak (sayap); mengepak-ngepakkan mengibar-ngibar­kan (sayap). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (képak); mengepak mendukung (bu­dak dll) di rusuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (képak); mengepak-ngepak terka­pai-kapai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (képak) ark; mengepak membeng­kokkan (dahan dll) hingga patah; terkepak bengkok atau patah (dahan kayu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /képak/; mengepak membengkokkan sesuatu sehingga patah; mematahkan. terkepak patah (bkn dahan kayu atau lengan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 bahagian tubuh yg terdapat pd binatang jenis burung atau pd serangga yg digunakannya utk terbang; sayap: ~ burung. 2 bahagian drpd sesuatu yg menyerupai sayap: ~ kapal terbang. berkepak mempunyai kepak; bersayap. mengepak-ngepak mengibas-ngibaskan kepak (spt ayam yg hendak berkokok dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepak (kata nama)
Bersinonim dengan sayap, sirip, radai;,
Kata Terbitan : mengepak-ngepak, mengepak-ngepakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Terangkan dengan lebih jelas penggunaan perkataan kepak dan sayap dalam ayat yang tepat. 2) Berdasarkan lampiran gambar, adakah penggunaan perkataan 'kepak' pada gambar tepat?

Kepak ialah sayap, manakala sayap pula ialah bahagian tubuh binatang seperti burung, serangga, dan lain-lain untuk terbang atau juga dikenali sebagai kepak. Merujuk kepada kedua-dua makna tersebut dan ayat contoh berikut, tidak ada perbezaannya dan boleh digunakan pada serangga seperti rama-rama tersebut. Contoh ayat  sayap i. Sepasang sayap serangga yang terbit daripada mesotoraks. ii.Pada kumbang dan lipas, pasangan sayap ini dikenali sebagai elitron yang tebal dan kasar, manakala contoh ayat kepak i. Ayam jantan itu mengibar-ngibarkan kepaknya. ii. Burung ialah binatang yang mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dapat terbang.

Lain-lain06.05.2020
Apakah alternatif perkataan lain dalam Bahasa untuk "Kepak Tengah Ayam (Chicken Midwings)"?Mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa mengesahkan bahawa padanan 'kepak tengah ayam' memang bertepatan dengan istilah chicken midwings.

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah09.06.2022
bolehkah saya dapatkan semakan terjemahan yang betul untuk senarai dibawah:- -Chicken Drumstick : Ayam drumstik -Chicken Thigh : Ayam Thigh -Chicken Wings : Kepak Ayam -Chicken Keel : Ayam Dada bawah -Chicken Rib : Tulang Rusuk Ayam -Chicken Fillet : Fillet Ayam -Chicken Boneless Thigh : Thigh Ayam Tanpa Tulang -Chicken Boneless Breast : Dada Ayam Tanpa Tulang -Chicken Boneless Leg : Kaki Ayam Tanpa Tulang -Skinless Boneless Thigh : Thigh Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Skinless Boneless Breast : Dada Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Skinless Boneless Leg : Kaki Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Chicken Neck : Leher Ayam -Chicken Gizzard : Hempedal Ayam -Chicken Liver : Hati Ayam -Chicken Feet ; Kaki Ayam -Chicken Bishop Nose : Tongkeng Ayam -Chicken Broken Wings : Kepak Ayam patah? -Chicken Drummet ; Drummet Ayam -Chicken Mid Joint Wing : Kepak Tengah Ayam -Chicken Whole Leg : Seluruh Kaki Ayam -BBQ Wings : Kepak Ayam BBQ1. Chicken Drumstick - Drumstick Ayam 
2. Chicken Thigh - Paha Ayam 
3. Chicken Wings - Kepak Ayam
4. Chicken Keel - Dada bawah Ayam 
5. Chicken Rib - Tulang Rusuk Ayam
6. Chicken Fillet - Filet Ayam
7. Chicken Boneless Thigh - Paha Ayam Tanpa Tulang
8. Chicken Boneless Breast - Dada Ayam Tanpa Tulang
9. Chicken Boneless Leg - Kaki Ayam Tanpa Tulang
10. Skinless Boneless Thigh - Paha Ayam Tanpa Kulit dan Tulang
11. Skinless Boneless Breast - Dada Ayam Tanpa Kulit dan Tulang
12. Skinless Boneless Leg - Kaki Ayam Tanpa Kulit dan Tulang
13. Chicken Neck - Leher Ayam
14. Chicken Gizzard - Hempedal Ayam
15. Chicken Liver - Hati Ayam
16. Chicken Feet - Kaki Ayam
17. Chicken Bishop Nose - Tongkeng Ayam
18. Chicken Broken Wings - Kepak Ayam Patah
19. Chicken Drummet - Drumet Ayam
20. Chicken Mid Joint Wing - Kepak Tengah Ayam
21. Chicken Whole Leg - Sepaha Penuh Ayam
22. BBQ Wings : Kepak Ayam BBQ
Penyemakan dan penterjemahan13.06.2015
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk "drumette", iaitu sebahagian kepak ayam? Terima kasih.Dalam data rujukan kami, istilah bahasa Melayu bagi perkataan "drummet" ialah drumet.Istilah29.05.2019
Apakah makna berkulik dalam pantun ini? Helang berkulik tengah hari Cenderawasih mengirai kepak Alang sakitnya berbapa tiri Awak menangis disangkanya gelakUntuk makluman, kulik-kulik merupakan sejenis burung. Berkulik dalam pantun tersebut bermaksud helang yang meniru bunyi burung kulik-kulik.Makna21.08.2020
Nama saya Ilham tuyong saya inginkan mensoal apakah makna BurungMenurut data kami, maksud burung ialah binatang yang mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dapat terbangMakna07.11.2015
Salam sejahtera. Mohon beri terjemahan untuk perkataan SWAN (haiwan). Terima kasih.Dalam data kami, ejaan swan dikekalkan. Dalam data ensiklopedia, swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan mempunyai paruh leper; leher panjang; bulupelepah kalis air; kepak panjang dan tirus; ekor dan kaki pendek; dan kaki renang. Tetapi kebanyakan swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih panjang lagi daripada itik dan angsa.Penyemakan dan penterjemahan02.03.2017
Salam sejahtera. Mohon beri terjemahan untuk perkataan SWAN (haiwan). Rujuk lampiran untuk haiwan yang dimaksudkan. Terima kasih.Dalam data kami, ejaan swan dikekalkan. Dalam data ensiklopedia, swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan mempunyai paruh leper; leher panjang; bulupelepah kalis air; kepak panjang dan tirus; ekor dan kaki pendek; dan kaki renang. Tetapi kebanyakan swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih panjang lagi daripada itik dan angsa.Penyemakan dan penterjemahan16.01.2017
Adakah padanan istilah di bawah tepat? Goose - Angsa, Duck - Itik, Swan - Joyinah.Padanan bagi Goose - Angsa dan Duck - Itik adalah tepat. Padanan Swan dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan  ialah Swan. Ejaan swan dikekalkan. Dalam data ensiklopedia, swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan mempunyai paruh leper, leher panjang, bulu pelepah kalis air, kepak panjang dan tirus, ekor dan kaki pendek dan kaki renang. Tetapi kebanyakan swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih panjang lagi daripada itik dan angsa.Istilah01.04.2018

Kembali ke atas