Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pas.tian] | کڤستين

Definisi : perihal pasti, ketentuan: aku tercengang mendengar ~ yg tidak tertolak itu; Dato’ Ujang sudah berani membuat ~ bahawa perempuan itu sudah berubah sikapnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pas.tian] | کڤستين

Definisi : hal pasti; ketentuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasti (adjektif)
Bersinonim dengan tentu, mesti, sah, sahih, tidak boleh tidak, nescaya, yakin, percaya, sabit, nyata, terang, muktamad, positif, definitif, tepat, betul, benar;,
Kata Terbitan : memastikan, kepastian, pemastian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kepastian tentang penggunaan 'agar' dan 'supaya'?Agar bermaksud supaya dan semoga. Contoh penggunaan agar seperti yang berikut: Awak harus makan ubat agar cepat sembuh.

Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya, agar; hendaknya. Contoh penggunaan supaya seperti yang berikut: Belajarlah daripada kesilapan supaya kamu tidak mengulanginya kembali.

Penggunaan agar dan supaya boleh digunakan pada kedua-dua contoh ayat yang dinyatakan di atas.
Makna06.02.2019
Inginkan kepastian, 'mengeratkan silaturrahim atau mengiratkan silaturrahim... ' jika mengeratkan saya selalu fikirkan datang daripada kata dasarnya, 'kerat'

Frasa yang betul ialah “mengeratkan silaturrahim”. Kata dasarnya ialah “erat” yang menerima bentuk imbuhan apitan meN-...-kan (meng-...-kan).

Tatabahasa02.02.2022
Mohon kepastian jika ayat ditaip YM. Tengku Dato’/ YH. Dato’/ Tuan/ Puan. Penggunaan / ditaip bagaimana di dalam kertas kerja atau surat?Berikut merupakan penggunaan yang betul:

YM Tengku Dato'/YBhg. Dato'/Tuan/Puan
Ejaan05.11.2020
inginkan kepastian berkenaan kata kerja dan kata adjektif. contohnya kata 'sayang' tergolong dalam kata adjektif, namun kata 'menyayangi' pula tergolong dalam kata adjektif atau kata kerja? sebabnya apa yang saya faham menyayangi seperti perbuatan untuk sayang akan sesuatu. contoh lain kata dukacita ialah kata adjektif tetapi apabila berdukacita pula menjadi kata kerja. oleh itu saya sedikit keliru, mohon pencerahan daripada pihak tuan, terima kasih.Untuk makluman puan, apabila kata adjektif menerima imbuhan, fungsi kata tersebut akan berubah mengikut konteks makna. Untuk keterangan lanjut tentang kata kerja sila rujuk Buku tatabahasa Dewan.Tatabahasa15.08.2017
Memohon kepastian susunan perkataan Menurut Kamus Dewan, ejaannya terpisah bagi perkataan `temu bual’, `temu ramah’ dan `temu duga’. Apakah untuk `temu janji’ boleh menggunakan formula yang sama ataupun sesetengahnya ditulis sebagai `janji temu’. Sebenarnya, gaya tulisan manakah yang betul dan apa alasannya jika digunakan juga `janji temu’ yang kedengaran janggal. Terima kasih.Selamat ptg:

Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa yang betul ialah janji temu. Janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb.

Sekain, terima kasih
Tatabahasa10.11.2016
1. Kepastian tentang penggunaan 'hamba' dan 'tuan hamba'. Adakah kedua-duanya hanya digunakan pada zaman dahulu?Tuan hamba dan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama. Tuan hamba yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba. Dalam penggunaan bahasa Melayu standard istilah ini tidak boleh digunakan.Tatabahasa28.01.2016
Inginkan kepastian bagi pangkal perkataan "bin" dan "binti" pada nama orang, sama ada huruf besar (B) atau huruf kecil (b) . Terima kasihEjaan yang betul ialah bin, Ali bin Ahmad.Ejaan03.06.2015
Inginkan kepastian yang mana lebih tepat. Layang-layang Azmin yang tersangkut. ............dahan pokok itu telah terkoyak. A di B padaAyat "Layang-layang Azmin yang tersangkut. ............dahan pokok itu telah terkoyak." Jawapan yang sesuai untuk soalan ini ialah "pada".Tatabahasa03.03.2015
Meminta kepastian penggunaan frasa "teramat cantik sekali" betul atau salah kerana frasa ini terdapat dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 5.Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 244,  penggunaan darjah penghabisan ter + amat, sangat + kata adjektif seperti teramat cantik dan tersangat indah adalah betul.

Penanda darjah penghabiasan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan.

Mohon pihak puan, nyatakan tajuk buku teks dan tahun terbitan serta muka surat  buku tersebut untuk penyemakan kami.

Tatabahasa04.12.2014
Mohon kepastian pada dua ayat berikut;"Di antara saya dan ali, saya lebih baik". "Di antara saya dengan ali, saya lebih baik". Mana satu yang betul?Ayat yang betul ialah Antara saya dengan Ali, saya lebih baik.Tatabahasa08.09.2014
12345678910...

Kembali ke atas