Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.tu.han] | کڤاتوهن

Definisi : perihal patuh (menurut perintah dll), sifat patuh, ketaatan: ~ mereka itu memerlukan balasan yg sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.tu.han] | کڤاتوهن

Definisi : sifat patuh: ~ terhadap peraturan yg ada memang perlu bagi menjayakan program itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patuh (kata kerja)
Bersinonim dengan taat, setia, tunduk, tunak, patih; soleh, takwa, tawaduk, taslim, turut, ikut, akur, setuju;,
Kata Terbitan : mematuhi, kepatuhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Mohon pencerahan cara mengguna perkataan sebab dan akibat. Adakah betul ayat di bawah: 1. Kepatuhan pelancong terhadap garis panduan berkhemah disebabkan oleh kesedaran alam sekitar yang tinggi. 2. Pembaziran air mengakibatkan kos operasi semakin meningkat.Waalaikumsalam. Ayat 1 dan 2 adalah betul.Tatabahasa27.04.2015
Apakah kesalahan tatabahasa atau kesalahan kata berdasarkan ayat-ayat diberikan di bawah?Bolehkah menjelaskan sebab-sebab kesalahan tatabahasa itu?Terima kasih Dalam hal itu,negeri-negeri yang telah beralih kepada Fasa 2 Pakej Pemulihan Negara(PPN)dinasihatkan untuk meneruskan dan mengamalkan kepatuhan yang penuh kepada prosedur operasi standard(SOP)yang telah digariskan untuk memastikan situasi terus pulih dan beralih ke fasa seterusnya sekali gus mempercepat proses pemulihan sektor ekonomi,politik dan sosial.
Cadangan jawapan yang betul ialah "Dalam hal itu, negeri-negeri yang telah beralih ke Fasa 2 Pakej Pemulihan Negara(PPN) dinasihatkan untuk meneruskan dan mengamalkan kepatuhan yang penuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan untuk memastikan situasi terus pulih dan beralih ke fasa seterusnya sekali gus mempercepat proses pemulihan sektor ekonomi, politik dan sosial."

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka  merupakan rujukan utama dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. 
Tatabahasa16.07.2021
Mohon tuan/puan untuk menterjemahkan jabatan-jabatan di bawah dalam bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia: 1.Property & Project Management 2. Compliance 3. Business Support Maklumbalas daripada pihak tuan/puan amat kami hargai. Terima kasih Pertanyaan ini telah diajukan kepada Siti Zubaidah Binti Zainal Abidin pada hari Rabu 21 Ogos 2013 Jam 3:53 petangTerjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. Property & Project Management - Pengurusan Harta dan Projek
2. Compliance - Kepatuhan
3. Business Support - Sokongan Perniagaan
Istilah26.08.2013
apakah tips yg harus diketahui untuk menghadiri temuduga...

Tidak ada kriteria khusus tentang soalan yang akan ditanya dalam temu duga. Cuma secara umumnya perkara yang perlu diberi perhatian dan dibuat persediaan sebelum menghadiri sesuatu temu duga ialah:

i.   pengetahuan calon temu duga  tentang bidang tugas jawatan yang dimohon;

ii.  kemahiran calon temu duga dalam bidang tersebut;

iii. nilai-nilai peribadi calon termasuklah kematangan, dedikasi, kejujuran, kepatuhan kepada peraturan dan arahan penyelia, kerajinan, keupayaan memberikan pandangan yang bernas dan praktikal dan sebagainya.

Lain-lain30.04.2008
Adakah wujud perkataan "Hasil Muwasil" atau "Hasil Muasil"?Tidak terakam frasa hasil muwasil atau hasil muasil dalam kamus terbitan DBP.

Yang terakam ialah kata hasil dan kata terbitannya serta kata walhasil. Kata walhasil dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) ialah seperti yang berikut:
 
walhasil والحاصل  kata nama
1 dan hasilnya atau akibat daripada sesuatu peristiwa, perbuatan, keadaan dan sebagainya; kesudahan:
Contoh penggunaan
Walhasil saya cuma ketawa semasa menonton drama yang mengarut itu.

kata adverba
2 pada hakikatnya:
Contoh penggunaan
Walhasil, segala bentuk ketaatan, ketundukan dan kepatuhan kepada Allah merupakan ibadah.

ASAL: [daripada Arab wa’l-ḥāṣil ‘dan hasilnya, kesimpulannya’]
Makna07.10.2023

Kembali ke atas