Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pe.da.san] | کڤدسن

Definisi : terasa sangat pedas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pe.da.san] | کڤدسن

Definisi : 1 berasa (sangat) pedas: Dia ~ setelah memakan sambal yg dihidangkan itu. 2 keadaan atau hal pedas: ~ cili itu telah membuat air matanya meleleh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepedasan

Peribahasa

Siapa sakit,
     siapa menyiuk.

Bermaksud :

Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh, b. Siapa makan cabai [= lada], ialah berasa pedas [= kepedasan]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kepedasan1 berasa (sangat) pedas: Dia ~ setelah memakan sambal yg dihidangkan itu. 2 keadaan atau hal pedas: ~ cili itu telah membuat air matanya meleleh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepedasanterasa sangat pedas.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepedasan1 berasa (sangat) pedas: Air matanya meleleh kerana ~ . 2 keadaan atau hal pedas.Kamus Pelajar
bersiutberbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
menyiukmenyedut atau menarik nafas dgn mulut (kerana kesakitan, kepedasan, dll); siapa luka siapa ~, siapa sakit siapa mengaduh = siapa sakit siapa ~ prb siapa yg terasa apabila disindir, maka dialah yg ber­salah.Kamus Dewan Edisi Keempat
siukMn; menyiuk menyedut atau menarik nafas dgn mulut (kerana kesakitan, kepedasan, dll); siapa luka siapa ~, siapa sakit siapa mengaduh = siapa sakit siapa ~ prb siapa yg terasa apabila disindir, maka dialah yg ber­salah.Kamus Dewan Edisi Keempat
pedas1 (be)rasa spt rasa cili: Dia memang suka makan benda yg ~-~. 2 bersifat menyakiti hati (bkn perkataan yg diucapkan); keras atau tajam (bkn teguran atau kritik): Mereka telah mendapat celaan yg ~ drpd orang ramai. kepedasan 1 berasa (sangat) pedas: Dia ~ setelah memakan sambal yg dihidangkan itu. 2 keadaan atau hal pedas: ~ cili itu telah membuat air matanya meleleh. kepedas-pedasan agak pedas; pedas sedikit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pedas1 (be)rasa spt rasa cili: Dia memang suka makan benda yg ~-~. 2 menyakiti hati (bkn perkataan yg diucapkan); keras atau tajam (bkn teguran atau kritik): Mereka telah mendapat celaan yg ~ drpd orang ramai. kepedasan 1 berasa (sangat) pedas: Air matanya meleleh kerana ~ . 2 keadaan atau hal pedas. kepedas-pedasan agak pedas; pedas sedikit.Kamus Pelajar
siut I1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana ke­pedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll di­sebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api di­siram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali.Kamus Dewan Edisi Keempat
pedas1. rasa spt rasa lada (cili dll): kuahnya terlalu ~; ia lebih suka makan yg ~-~; rendang ~ sj lauk yg pedas; 2. tajam atau keras (teguran, komen, dll), menyakiti hati (kata­-kata dll): pemimpin-pemimpin itu mendapat kecaman ~ drpd surat-surat khabar; kata-kata yg tajam dan ~; bercakap ~ menge­luarkan kata-kata yg tajam; belum tahu dipedas lada prb belum ada pe­ngalaman; supaya tahu akan ~ lada, supaya tahu akan masin garam prb supaya tahu akan susah hidup; memedaskan menjadikan pedas; katanya ~ hati menyakiti hati; kepedasan terasa sangat pedas.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas