Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pel.ba.gaian] | کڤلباݢاين

Definisi : perihal berbagai-bagai jenis: ~ usaha dan kegiatan ekonomi Malaysia; sesungguhnya jumlah dan ~ dialek Melayu sangat mengagumkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pel.ba.gaian] | کڤلباݢاين

Definisi : perihal (keadaan) pelbagai atau berbagai-bagai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.pel.ba.gaian] | کڤلباݢاين

Definisi : keadaan atau hal pelbagai atau berbagai-bagai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepelbagaian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah kepelbagaian bentuk bahasa?Bentuk Bahasa yang dimaksudkan ilah ragam bahasa, iaitu bahasa tulisan, bahasa lisan,bahasa daerah dan bahasa moden. Tatabahasa01.03.2008
Penggunaan perkataan, pelbagai dan kepelbagaian dalam ayat seperti berikut: a. Mempunyai pelbagai kaedah untuk menjalankan kajian. b. Mempunyai kepelbagaian kaedah untuk menjalankan kajian. Ayat yang manakah paling tepat pengunaan perkataan tersebut. Zakaria Adom Jabatan Pendidikan N.SembilanFrasa yang betul ialah mempunyai pelbagai kaedah untuk menjalankan kajian...Tatabahasa25.07.2013
Assalaamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam ramadhan Tuan/puan Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah serta ejaan dalam tulisan jawi berikut: 1. sustainability through diversity / kelestarian melalui kepelbagaian / كلستارين ملالوءي كڤلباڬايان Sekian dan terima kasih.Cadangan terjemahan teks dalam bahasa Melayu "kelestarian melalui kepelbagaian" bagi perkataan bahasa Inggeris "sustainability through diversity" adalah betul dan ejaan Jawi yang betul ialah "كلستارين ملالوءي کڤلباݢاين".
 
Makna14.04.2022
Luxury mixed development -Kepelbagaian pembangunan mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living -Pembangunan kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address -Pembangunan pilihan anda Freehold -Milikan bebas An evergreen sanctuary -Pembangunan malar hijau Nature inspired park living -kehidupan inspirasi alam semula jadi Exclusive gated and guarded living -Kehidupan eksklusif berpagarTerjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

Luxury mixed development -  Pembangunan becampur yang mewah

Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living - Pembangunan Persisiran Kontemporari Iskandar Puteri
 
Your preferred waterfront address - Kediaman persisiran pilihan anda

Freehold - Pegangan kekal

An evergreen sanctuary - Kawasan malar hijau atau Taman malar hijau
 
Nature inspired park living - Kehidupan berkonsepkan  alam semula jadi

Exclusive gated and guarded living - Kediaman eksklusif yang berpagar dan berpengawal
Penyemakan dan penterjemahan03.11.2016
adakah ayat-ayat di bawah tepat, mohon cadangan ayat yang betul: 1. Adalah penting bahawa kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini. 2. Kerana maqasid didapati daripada nas secara induksi, maslahah akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid, sebagaimana disyorkan ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut,karya Ibn al-Hasan al-Shaybani.

Berdasarkan semakan kami, cadangan ayat yang betul ialah: 1. Kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini adalah amat penting. 2. Oleh sebab maqasid syariah didapati daripada nas secara induksi, maka maslahat akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid syariah sebagaimana yang disyorkan oleh ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut, karya Ibn al-Hasan al-Shaybani.

 

Tatabahasa03.11.2022
As salam, Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah bahasa Inggeris multimodality .... apakah istilah yang tepat dalam bahasa Melayu? Adakah multimodal? multimodaliti? atau kepelbagaian modal? 2) Apakah perbezaan antara teori dan pendekatan? Terdapat pengkaji yang menggunakan teori dalam tajuk mereka dan ada yang menggunakan pendekatan. Mohon pencerahan dari pihak tuan/puan. Terima kasih.Istilah yang betul dan tepat dalam bahasa Melayu bagi padanan perkataan multimodality ialah multimodal dan kepelbagaian modal, kedua-duanya boleh digunakan. 

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, teori bermaksud pendapat (bersifat pandangan yg tidak dapat dibuktikan dgn kukuhnya) yg dikemukakan utk menerangkan sesuatu perkara dll ; 2. prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yg menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan: Manakala pendekatan pula bermaksud  perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan;2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): Oleh itu, berdasarkan maksud yang diberikan dalam kamus, penggunaan perkataan teori lebih kepada untuk menerangkan atau menjelaskan pendapat atau prinsip  yang menjadi dasar sesuatu pengetahuan, manakala  perkataan pendekatan pula untuk menerangkan kaedah atau langkah-langkah untuk melaksanakan tugas. Kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang berbeza dan seharusnya kedua-dua perkataan ini digunakan dalam membuat kertas kajian dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pemilihan hanya salah satu perkataan ini juga bergantung pada format di universiti.
Penyemakan dan penterjemahan21.10.2018
Barang yang dijual di situ adalah pelbagai/ kepelbagaian. Mana satu yang betul?Ayat yang gramatis, pelbagai barang dijual di situ.Makna06.05.2017
Assalamualaikum. Boleh terangkan konseo dialek dengan lengkap serta menghuraikan tentang kepelbagaian bahasa yang terdiri daripada Bahasa pijin, kreol, slanga, jargon, koine dan bahasa arkaik. Terima kasihDialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, contohnya dialek Kelantan, dialek Kedah dan sebagainya. Bagi makna bahasa-bahasa tersebut, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, laman web DBP atau menghubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP.Makna04.10.2009
Salam.. saya terpanggil untuk bertanyakan pandangan DBP berkaitan dengan konsep kebersamaan dalam kepelbagaian. Merangkumi ruang lingkup wanita dan masyarakat di Malaysia.Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Soalan yang berbentuk tugasan ini memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak untuk menyelesaikannya. Sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain26.07.2012
BAGAIMANAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN WUJUDNYA MASYARAKAT PELBAGAI BAHASA DI MALAYSIA?

Kepelbagaian kaum dalam masyarakat Malaysia memungkinkan wujudnya masyarakat pelbagai bahasa di negara ini. Untuk maklumat lanjut sila rujuk perpustakaan dan dapatkan makalah atau kertas kerja yang dibentangkan di pelbagai seminar bahasa dan linguistik. 

Lain-lain02.10.2010
123

Kembali ke atas