Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pel.ba.gaian] | کڤلباݢاين

Definisi : perihal berbagai-bagai jenis: ~ usaha dan kegiatan ekonomi Malaysia; sesungguhnya jumlah dan ~ dialek Melayu sangat mengagumkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pel.ba.gaian] | کڤلباݢاين

Definisi : perihal (keadaan) pelbagai atau berbagai-bagai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.pel.ba.gaian] | کڤلباݢاين

Definisi : keadaan atau hal pelbagai atau berbagai-bagai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepelbagaian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alpha diversitykepelbagaian alfaBiologiEkologiKepelbagaian spesies dalam sesuatu habitat, seperti yang berlaku apabila sebuah pulau dikoloni oleh beberapa spesies burung dengan sumber, terutama makanan dan tempat tinggal yang mencukupi. Bandingkan kepelbagaian beta. Lihat juga kepelbagaian gama.
gamma diversitykepelbagaian gamaBiologiEkologiPenggantian spesies dengan spesies yang paling sesuai pada sesuatu habitat, yang terjadi di suatu kawasan geografi yang luas. Lihat juga kepelbagaian alfa, kepelbagaian beta.
beta diversitykepelbagaian betaBiologiEkologiKepelbagaian spesies antara habitat, seperti yang berlaku apabila sesuatu kawasan telah menjadi sesak, sesetengah spesies akan tertumpu pada habitat yang paling sesuai bagi spesies berkenaan sahaja. Bandingkan kepelbagaian alfa. Lihat juga kepelbagaian gama.
gene diversitykepelbagaian genSains ForensikTiadaUkuran kepelbagaian suatu lokus dalam satu populasi. Kepelbagaian gen juga ditakrifkan sebagai keheterozigotan jangkaan purata bagi suatu lokus dalam satu populasi. Pemprofilan DNA forensik menggunakan kepelbagaian ini untuk membezakan antara individu apabila sejumlah lokus yang sesuai diuji.
gene diversitykepelbagaian genSains ForensikTiadaUkuran kepelbagaian suatu lokus dalam satu populasi. Kepelbagaian gen juga ditakrifkan sebagai keheterozigotan jangkaan purata bagi suatu lokus dalam satu populasi. Pemprofilan DNA forensik menggunakan kepelbagaian ini untuk membezakan antara individu apabila sejumlah lokus yang sesuai diuji.
biodiversitykepelbagaian biologiHerbaBotani dan BioteknologiBilangan, varieti, spesies dan variasi yang terdapat dalam kalangan flora dan fauna. Kepelbagaian biologi terdapat dalam tiga kategori, iaitu kepelbagaian ekosistem, bilangan spesies dan variasi genetik.
cultural diversitykepelbagaian budayaPengurusanPerancanganCiri-ciri perbezaan atau kelainan yang wujud pada individu atau kumpulan manusia dalam sesebuah organisasi atau masyarakat. Kepelbagaian budaya terbentuk pada tingkah laku, gelagat, nilai dan norma dalam kalangan kelompok individu dalam organisasi atau masyarakat. Ciri-ciri kepelbagaian adalah dari segi etnik/bangsa, budaya, agama, umur, jantina, keupayaan fizikal, bahasa, taraf sosioekonomi dan taraf pendidikan.
biodiversitykepelbagaian biologiKesenianSeni BinaKepelbagaian alam yang membawa kepada interaksi antara alam semula jadi dengan persekitaran yang menjurus kepada keseimbangan ekosistem. Sumber-sumber alam membekalkan manusia dengan keperluan makanan, perubatan, produk-produk industri dan juga berperanan penting untuk mengimbangi alam sekitar. Kekayaan biologi merupakan aspek penting yang perlu diambil kira dalam reka bentuk persekitaran.
biological diversitykepelbagaian biologiKejuruteraanTiadaKepelbagaian yang merangkumi semua spesies flora dan fauna termasuk ekosistem dan ekologi yang berkaitan.
diversity indexindeks kepelbagaianKejuruteraanTiadaUngkapan matematik yang menggambarkan kepelbagaian spesies secara kuantitatif.
12345678910...

Kembali ke atas