Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pe.nga.ra.ngan] | کڤڠارڠن

Definisi : perihal yg berkaitan dgn pengarang: usia ~ seseorang pengarang, haruslah berpanjangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepengarangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
expressionismekspresiKesusasteraanTiadaGaya kepengarangan dalam menyampaikan pengalaman emosi berbanding tanggapan terhadap dunia nyata.
philological valuenilai filologisKesusasteraanTiadaNilai-nilai yang terbaik dalam sesebuah kajian filologi. Contoh: kepengarangan, pentarikhan, prototaip naskhah. Semua ini terhasil daripada kajian filologi yang sistematis.
Interne evidentiebukti dalamanKesusasteraanTiadaUnsur-unsur dalaman sesebuah teks yang sedang dikaji dapat membuktikan sesuatu fakta yang diperlukan. Contoh: kepengarangan, sejarah, pentarikhan dan unsur-unsur budaya lainnya.
dramatic stylegaya dramaKesenianDrama dan TeaterCara penulisan atau persembahan drama dan teater yang memperlihatkan sifat dan ciri-ciri berbeza. Perbezaan ini bergantung pada latar zaman, ideologi, aliran dan identiti kepengarangan itu sendiri. Contohnya, di Malaysia gaya drama 60-an berbeza dengan gaya drama dekad 70-an dan gaya drama Kala Dewata berbeza dengan gaya drama Noordin Hassan.
art balladbalada seniKesusasteraanTiadaBentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romanentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romatis dan memntang penjajahan Sepanyol.ceritaannya dari semasa ke semasa. . attis dan memperlihatkan ciri penciptaan seni yang tinggi, sama ada dari segi kekuatan isi mahupun nilai kehalusan sastera. Umumnya, pengarang balada seni terdiri daripada seniman yang terkenal dan ternama serta memiliki bakat kepengarangan yang tinggi. Dari segi struktur karya, balada seni memperlihatkan suatu pembaharuan daripada balada rakyat yang wujud dalam tradisi lisan. Penghasilan balada seni dibuat melalui penelitian yang mendalam terhadap corak rima dan stanza yang baharu berbanding dengan balada rakyat. Unsur ketinggian seni dalam balada seni dapat dikesan dari segi pemilihan bahasa yang kaya dengan nilai estetik, di samping kekuatan dari segi isi, teknik dan sebagainya. Balada ini dikenali juga sebagai balada sastera.
epicepikKesusasteraanTiadaNaratif yang mengisahkan pengembaraan atau kepahlawanan tokoh penting dalam sejarah atau tokoh yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau sesebuah negara. Biasanya, kisah epik berkisar tentang seorang tokoh yang wujud dalam sejarah, legenda atau kepercayaan masyarakat setempat. Kisah pengembaraan dan wira pula meliputi alam nyata dan alam kayangan, melibatkan manusia dewa, peristiwa logik dan fantasi dan sebagainya. Biasanya, epik wujud dalam bentuk puisi dan prosa yang panjang dengan penampilan nilai konvensi, estetik, dan mutu kepengarangan yang tinggi. Terdapat dua jenis epik. Pertama, epik rakyat (epik tradisional/epik primer), iaitu epik yang wujud dalam masyarakat lisan dengan pengarang yang tidak diketahui namanya. Epik berkenaan banyak bersumberkan unsur mitos dan legenda yang wujud dalam tradisi kepercayaan masyarakat tersebut. Kedua, epik seni (epik sekunder), iaitu epik yang muncul dalam budaya tulisan dan kebanyakannya dihasilkan oleh pengarang yang terkenal. Antaranya ialah Iliad dan Odyssey oleh Homer (Yunani). Contohnya, dalam karya berjudul Iliad, terdapat kisah wira Yunani bernama Achilles, anak kepada Nereid yang berperang dalam Peperangan Trojan. Dalam karya berjudul Paradise Lost oleh Milton (Inggeris) pula, terdapat kisah kekalahan dan kejatuhan manusia. Contoh karya epik Parsi ialah Shah-nama oleh Firdawsi. Antara karya epik seni yang penting dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Seri Rama dan Hikayat Hang Tuah. Lihat juga epik rakyat, epik seni.

Kembali ke atas