Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.peng.gu.na.an] | کڤڠݢوناءن

Definisi : segala hal mengenai pengguna (barang-barang dll): nasihat-nasihat ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepenggunaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kepenggunaan perkataan dari bahasa indonesia yang ada dalam rekod dbp dibenarkan dalam karangan malaysia? Adakah perkara ini dapat meningkatkan nilai serta mutu sastera melayu malaysia atau sebaliknya? Harap dbp dapat memperjelas masalah ini dengan lebih terperinci, terima kasih.Pihak DBP tidak membenarkan penggunaan bahasa Indonesia dalam penulisan dan sebagainya kecuali perkataan bahasa Indonesia yang telah diterima secara rasmi dalam bahasa Melayu.Lain-lain25.11.2015
As salam, saya ingin bertanya mengenai ayat ini sama ada betul atau salah; Dirasmikan oleh: YB Dato' Sri ismail Sabri bin Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan atau Dirasmi oleh: YB Dato' Sri ismail Sabri bin Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan atau Perasmi: YB Dato' Sri ismail Sabri bin Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Sekian, terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan".Tatabahasa21.11.2012
Nor Sa'adah May 18th, 3:13pm Assalam... saya Sa'adah pelajar PhD (Library&Information Science) UIA dengan topik kajian berkaitan kepenggunaan bahan Manuskrip Melayu. Boleh maklumkan kepada saya siapa pegawai yang harus dihubungi untuk membantu saya mendapatkan statistik kepenggunaan bahan Manuskrip Melayu di DBP? Mohon respon daripada pihak DBP, terima kasih.Waalaikumussalam, Puan Sa'adah, Untuk menjawab persoalan puan ini, puan boleh menghubungi Puan Kamariah Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi (PDM) Dewan Bahasa dan Pustaka melalui telefon 03-2147 9545 ataupun melalui e-mel, kamariah@dbp.gov.my. Sekiranya beliau tidak dapat dihubungi, puan juga boleh menghubungi pegawainya, Encik Nik Aman bin Nik Yusoff melalui telefon 03-2147 9555 ataupun melalui e-mel, aman@dbp.gov.my.Lain-lain18.05.2015
Saya ingin bertanya sama ada penggunaan ayat ini betul atau salah. "Kad Kredit dan Kepenggunaannya"Untuk makluman 'kepenggunaan' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud segala hal mengenai pengguna (barang-barang dll). Penggunaan pula bermaksud 1. perihal (perbuatan, kegiatan dll),  menggunakan sesuatu 2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan dll).  Dalam konteks ini, kami berpendapat maksudnya merujuk kepada penggunaan kad kredit tersebut.  Oleh itu, frasa yang betul ialah Kad Kredit dan Penggunaannya.Makna02.11.2011
Saya ingin bertanya.. apakah singkatan ejaan yang betul untuk : 1) perladangan - p'ldgn 2) pembangunan - p'bgnn 3) perusahaan - p'usahaan 4) perdagangan - p'dggn 5) kepenggunaan - kpggunaan adakah betul?Untuk makluman puan, singkatan ejaan biasa digunakan terbentuk melalui proses pemadatan dengan penghilangan vokal. DBP tidak menerima penggunaan tanda ' dalam pembentukan singkatan ejaan. Kami mencadangkan puan mengeja penuh ejaan seperti yang dinyatakan dalam urusan rasmi.Tatabahasa23.10.2014
salam sejahtera.. sy ingin bertanyakan persoalan berkaitan penggunaan perkataan 'banyak'..adalah ia tergolong dalam kata bilangan?ada juga yg menyatakan ia kata adjektif..boleh kemukakan pendapat beberapa tokoh berkaitan hal tersebut? bagaimana cara penggunaannya dan berikan contohnya sekali..perkataan itu juga boleh membawa kepenggunaan yg pelbagai..boleh jelaskan dengan contohnya sekali.terima kasihKata bilangan banyak ialah kata bilangan banyak tak tentu dan penggunaannya mestilah diikiuti kata nama contohnya; Banyak kanak-kanak meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.Tatabahasa12.08.2007
Bolehkah menggunakan terma "Bangsa Malaysia"? Bukankan bangsa merujuk kepada bangsa Melayu, cina, India dllMerujuk Kamus Dewan bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan seperti Melayu, Cina dan India. Hal ini mungkin berbeza apabila kita berada pada peringkat global. Maka wajarlah kita menyebut kita adalah rakyat/bangsa Malaysia bagi melambangkan identiti kita sebagai satu bangsa yang bersatu di bawah nama Malaysia. Borang kami menggunakan bangsa untuk melengkapkan data bagi tujuan kajian kepenggunaan sistem perkhidmatan kami.Istilah30.08.2018
Kita telah merdeka lebih 50 tahun.Syukur Alhamdulillah.Kemusykilan saya ialah,kenapa kita masih mengaku bangsa yang berbagai,bukan bangsa Malaysia.Ada bangsa Melayu,bangsa India dan sebagainya,sedangkan kita adalah bangsa Malaysia.Borang pendaftaran pihak tuan sendiri masih menggunakan bangsa.Saya bangga,bersyukur dan insaf menjadi bangsa Malaysia,kaum/etnik Melayu.Merujuk Kamus Dewan bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan seperti Melayu, Cina dan India. Hal ini mungkin berbeza apabila kita berada pada peringkat global. Maka wajarlah kita menyebut kita adalah rakyat/bangsa Malaysia bagi melambangkan identiti kita sebagai satu bangsa yang bersatu di bawah nama Malaysia. Borang kami menggunakan bangsa untuk melengkapkan data bagi tujuan kajian kepenggunaan sistem perkhidmatan kami.Makna21.02.2013

Kembali ke atas