Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.peng.gu.na.an] | کڤڠݢوناءن

Definisi : segala hal mengenai pengguna (barang-barang dll): nasihat-nasihat ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepenggunaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
consumerismkepenggunaanPerpustakaanTiadaTiada
consumerismkepenggunaanKomunikasiTiadaGagasan untuk memberikan kesedaran mengenai hak dan kepentingan orang ramai sebagai pengguna. Gagasan ini berlandaskan kepada perjuangan untuk membela kepentingan pengguna daripada menjadi mangsa eksploitasi oleh pihak peniaga. konsumerisme.
consumerismkepenggunaanPentadbiranTiadaPergerakan sosial yang berusaha untuk meningkatkan hak dan kuasa pengguna.
utilitarian designrekaan utilitarianKesenianTiadaRekaan yang menekankan aspek kepenggunaan sesuatu barangan.
consumer newsberita penggunaKomunikasiTiadaBerita mengenai hal ehwal kepenggunaan yang melibatkan isu-isu seperti hak pengguna, keselamatan barangan, kenaikan harga dan sebagainya.
collateral servicekhidmat kolateralKomunikasiKorporatPerkhidmatan tambahan yang diperlukan bagi menyempurnakan sesuatu rancangan komunikasi pemasaran. Kepentingan perkhidmatan ini adalah untuk menyokong pengurusan perkhidmatan penerbitan dan penyiaran iklan daripada agensi pengiklanan, merancang dan membuat penyelidikan, menguruskan belanjawan dan pembelian, serta mengendalikan latihan pengurusan pejabat. Tujuannya adalah untuk mengurangkan risiko perundangan, kewangan, dan kepenggunaan. Pihak yang menerbitkan, menyiarkan, dan menyebarkan iklan bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat mengenai barangan dan perkhidmatan yang akan diiklankan bagi memastikan barangan dan perkhidmatan tidak bertentangan dengan undang-undang, risiko kewangan, dan kepentingan pengguna. Perkhidmatan ini bukan sahaja boleh menguntungkan agensi media tetapi juga pengiklanan.
social behaviorgelagat masyarakatKomunikasiKorporatKeadaan manusia yang bertindak balas terhadap diri dan perkitaran. Setiap manusia memiliki tingkah laku secara semula jadi yang dibentuk oleh persekitaran. Dalam perhubungan awam, perancang strategi pengiklanan atau komunikasi korporat akan menggunakan hasil analisis tingkah laku untuk mengenal pasti cita rasa dan arah aliran gaya hidup dan kepenggunaan khalayak. Maklumat tingkah laku ini digunakan sebagai asas untuk merancang penghasilan barangan dan perkhidmatan baru di samping memantapkan barangan perkhidmatan yang sedia ada. Matlamatnya adalah untuk mengembangkan industri dan meningkatkan pasaran. Selain itu, maklumat tingkah laku ini juga dijadikan sebagai asas rujukan penyelidikan dan pembangunan dalam organisasi. Sinonim tingkah laku masyarakat.
beta testingpengujian betaTeknologi MaklumatPerisianUjian terakhir yang dilakukan sebelum sesebuah produk perisian dikeluarkan atau dipasarkan. Ujian ini penting dan bertindak sebagai kawalan kualiti yang perlu dilakukan dengan sempurna. Ujian ini melibatkan penggunaan produk tersebut oleh pengguna yang terpilih untuk menghasilkan dokumentasi yang formal. Dokumentasi ini boleh mengandungi ralat kandungan, ralat perisian, kepenggunaan, aras kerumitan dan kefungsian menu atau atur cara yang disediakan.
first mover advantagekelebihan penggerak pertamaPengurusanPerancanganKelebihan strategik yang diperoleh sesebuah perniagaan apabila menjadi organisasi pertama yang mengambil langkah menggunakan maklumat terkini untuk merebut peluang dalam pasaran. Kelebihan yang boleh diperoleh adalah dengan mengeksploitasi maklumat bagi meningkatkan kecekapan dan mencapai kos pengeluaran yang jauh lebih rendah berbanding dengan pesaingnya, atau menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berbeza dalam pasaran. Contohnya, peniaga yang memasarkan barangan secara dalam talian dengan meluas akan dapat menguasai pasaran kerana memahami trend kepenggunaan.
non-profit organisationorganisasi bukan untungPengurusanPerancanganOrganisasi yang menjalankan aktiviti yang bukan berunsur perniagaan dan tujuan komersial. Organisasi ini berasaskan budaya kesukarelaan dan menyediakan perkhidmatan atau barangan kepada entiti masyarakat yang berkenaan tanpa melibatkan motif keuntungan. Aktiviti boleh dilakukan melalui pertubuhan seperti persatuan, kelab dan badan-badan kesatuan. Tujuan penubuhan organisasi jenis ini adalah untuk memberikan bantuan dan memelihara kesejahteraan masyarakat dan kehidupan yang lain. Organisasi bukan untung ini kebanyakannya terlibat dengan aktiviti seperti bantuan kemanusiaan, keagamaan, pemuliharaan alam sekitar, perlindungan kepenggunaan, pembangunan pendidikan dan kesejahteraan budaya. Contoh organisasi bukan untung ialah Pertubuhan Kebajikan Malaysia (PERKIM) (aktiviti keagamaan), Yayasan Pelajaran MARA (aktiviti pendidikan), Persatuan Bulan Sabit Merah (aktiviti kemanusiaan) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (aktiviti alam sekitar). Sinonim pertubuhan bukan kerajaan.

Kembali ke atas