Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pen.ti.ngan] | کڤنتيڠن

Definisi : 1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan: ia sedar akan ~ bandar Melaka; belanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dgn hemat; 2. sesuatu yg penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat: masing-masing mempunyai ~ diri; tugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan; ~ umum kepentingan utk orang ramai; 3. hak, saham dsb dlm sesuatu syarikat (harta, perniagaan dsb): beliau menguasai 52% ~ dlm syarikat tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pen.ti.ngan] | کڤنتيڠن

Definisi : 1 sesuatu yg penting atau yg sangat dihargai; keperluan: Dia sanggup berkorban utk ~ bangsa dan negara. ~ kebendaan keperluan akan harta benda. 2 keadaan atau hal penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,

Peribahasa

Manusia tertarik oleh tanah airnya,
     anjing tertarik oleh piringnya.

Bermaksud :

Orang yang berakal jauh pandangannya, orang yang bodoh hanya kepentingan dirinya sajalah yang diperlukan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beneficial interestkepentingan benefisial; kepentingan untungGeografiTiadaTiada
reason of statekepentingan negaraSejarahTiadaPenaakulan yang meletakkan kepentingan negara sebagai kepentingan yang utama dalam sebarang permasalahan.
vested interestkepentingan diriSains PolitikPolitik PerbandinganKepentingan yang dimiliki oleh seseorang, ekoran daripada kedudukan istimewa orang lain yang menguntungkan belia. Keadaan yang memberi kelebihan ini biasanya bersifat kepentingan peribadi dan individu yang memiliki kepentingan tersebut dapat menikmati keuntungan selagi kedudukan kuasanya tidak berubah. lndividu ini akan berusaha untuk memelihara kedudukan sedemikian demi mengekalkan kepentingan dirinya. Contohnya, seorang menteri besar boleh mempengaruhi mesyuarat Exco kerajaan negeri bagi meluluskan penjualan tanah yang dipohon oleh anggota keluarganya kerana beliau juga memiliki kepentingan diri hasil daripada keputusan yang dibuat.
vested interestkepentingan terletak hak;kepentingan diriSosiologiTiadaTiada
vested interestkepentingan terletak hak;kepentingan diriUndang-undangTiadaTiada
vested interestkepentingan terletak hak;kepentingan diriSejarahTiadaTiada
media exposurededahan mediaKomunikasiKorporatPola pendedahan khalayak terhadap mesej yang disalurkan melalui media. Terdapat dua perspektif kepentingan dedahan media. Pertama, kepentingan kepada media yang menyiarkan kempen promosi. Kedua, kepentingan kepada barangan dan agensi yang terlibat dalam kempen promosi. Dalam konteks pertama, dedahan media dilihat dari segi jumlah dan pola khalayak yang terdedah kepada media dalam sesuatu masa tertentu. Lebih tinggi jumlah khalayak dan lebih pelbagai pola khalayak yang terdedah kepada media dalam sesuatu tempoh masa, lebih tinggi nilai ruang pengiklanan dan promosi yang ditawarkan kepada agensi pengiklanan. Konteks kedua, memberikan kepentingan kepada agensi pengiklanan dari segi memahami khalayak sesuatu barangan dan merancang strategi pengiklanan. Lebih banyak dan lebih terkini maklumat mengenai pola dedahan khalayak kepada sesuatu barangan dan perkhidmatan yang dipromosikan melalui sesuatu media, lebih mudah bagi agensi pengiklanan untuk menguruskan strategi peletakan barangan. Maklumat mengenai pola dedahan media boleh didapati melalui penyelidikan khalayak dan pemasaran.
community interest motivationdorongan kepentingan komuniti/ motivasi kepentingan komunitiEkonomiTiadaTiada
beneficial interestkepentingan benefisialUndang-undangTiada1. Kepentingan dalam sesuatu yang membawa faedah atau keuntungan.,2. Kepentingan seseorang pemunya benifisial atau benifisiari.
single interest policypolisi kepentingan tunggalinsuransTiadaInsurans yang melindungi kepentingan hanya satu daripada beberapa pihak yang mempunyai kepentingan boleh insurans ke atas harta tertentu.
12345678910...

Kembali ke atas