Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
percaya (kata kerja)
Bersinonim dengan yakin, beriktikad, pasti;,
Kata Terbitan : mempercayai, mempercayakan, kepercayaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PELARIS

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PELARIS, sejenis azimat yang dipercayai boleh membantu menambah rezeki dalam perniagaan ataupun untuk orang perempuan bertemu jodoh.

BUDAYAKepercayaan
PENGERAS

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGERAS, sesuatu benda yang diberikan oleh seseorang kepada bomoh, pawang atau bidan untuk perkhidmatannya.  Pengeras juga diberikan oleh anak murid kepada guru silat.  Pengeras melambangkan  kesediaan bakal murid itu menerima ilmu yang bakal diperturunkan kepadanya.

BUDAYAKepercayaan
PENDINDING

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENDINDING, bahan atau perlakuan yang dipercayai boleh memelihara keselamatan manusia daripada gangguan manusia, binatang buas atau makhluk halus.  Pendinding terdapat dalam pelbagai bentuk dan digunakan untuk menangkis daripada akibat buruk yang boleh menimpa sesuatu benda, manusia atau keadaan.

BUDAYAKepercayaan
DATU PIANG

DATU PIANG (? -1902), pemimpin tradisional di Cotabato, selatan Filipina pada akhir abad ke-19. Dia juga dikenal dengan nama Amai Mengka dan Tuye Tan, mempunyai darah campuran Cina dan Maguindanao. Datu Piang mendapat kepercayaan Datu Uto, orang yang paling berkuasa di lembah Sungai Pulangi atau Cotabato, sehingga dia dilantik sebagai orang kanan Datu Uto untuk mengurus semua harta dan perbelanjaan Datu Uto. Dia juga menantu Datu Ayunan, salah seorang datu yang berpengaruh di Cotabato.

1">           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DAULAT

DAULAT, kuasa, kerajaan, empayar, dinasti yang memerintah, pemerintahan negara atau negeri. Daulat berasal daripada kata Arab, ‘daulatun’. Dalam konteks kerajaan, daulat menjadi inti kepada hak individu dan kelompok untuk membolehkan mereka melaksanakan kuasa dan wibawa untuk memerintah. Apabila dihubungkan dengan politik pemerintahan, daulat menjadi unsur pengiktirafan secara lisan, kepercayaan atau tulisan (piagam atau perlembagaan) kepada individu atau kelompok bagi melaksanakan atau menegaskan kuasa atau wibawa terhadap anggota masyarakat sesebuah negeri atau negara.

1">     

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
DATO' SIAMANG GAGAP

DATO’ SIAMANG GAGAP (? - ?), pembesar Negeri Sembilan pada masa pemerintahan Yamtuan Antah (m.m. 1872-1889). Nama sebenarnya ialah Abdul Kahar bin Mukmin. Dia mendapat gelaran Dato’ Siamang Gagap daripada Yamtuan Antah, mengambil sempena kepercayaan orang tua-tua bahawa negeri yang terdapat siamang yang ‘gagap’ tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh. Gelaran tersebut diberikan kerana keberanian dan sifat kepahlawanannya. Dia juga terkenal dengan panggilan Dato’ Imam Perang kerana mengetuai pasukan Yamtuan Antah ketika mempertahankan Seri Menanti daripada serangan British. Dato’ Siamang Gagap menjadi tempat rujukan Yamtuan Antah dalam urusan pemerintahan dan dia juga sangat dihormati rakyat jelata. Dia tidak pernah tunduk kepada tekanan British yang campur tangan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri.

1">    

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MANDI SAFAR

MANDI SAFAR, temasya mandi-manda yang diadakan pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar dengan tujuan menolak bala. Pada pagi hari tersebut, orang ramai mandi di pantai atau sekurang-kurangnya minum air yang telah direndam ‘kertas safar’ atau ‘papan kecil’ yang bertulis dengan kalimat suci. Air ini dikenal sebagai ‘air safar’.

1">      Di Semenanjung Malaysia, pantai Tanjung Keling di Melaka adalah tempat utama dan masyhur untuk temasya mandi safar. Di Sabah dan Sarawak, temasya ini juga diadakan.

BUDAYAKepercayaan
ZULKIFLI MUHAMMAD, DATO'

ZULKIFLI MUHAMMAD, Dato’,  (1927-1964), ahli politik dan penulis.  Dia lahir pada 22 Mac 1927 di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.  Dari tahun 1946 hingga tahun 1947, Zulkifli melibatkan diri secara aktif dalam perikatan Pemuda Perak.  Dia turut bergabung tenaga bersama-sama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dalam perjuangan menentang Malayan Union.  Zulkifli melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azahar pada bulan September 1947.  Ketika di Mesir dia dipilih menjadi yang Dipertua Persekutuan Putera-Putera Melayu Semenanjung (1948-1950).   Antara tahun 1951 hingga  tahun 1952, dia dilantik menjadi penasihat persatuan tersebut. Zulkifli juga turut diberi kepercayaan untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Kesatuan Pelajar-Pelajar Putera Malaya dan Indonesia.  Dia turut melibatkan diri dalam pertubuhan pelajar yang lain seperti Pertubuhan Jamaiyyah Syukbanul Muslimin.

1">           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas