Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.per.gian] | کڤرݢين

Definisi : perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.per.gian] | کڤرݢين

Definisi : hal pergi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah beza maksud pemergian dan kepergian?

Pemergian bermaksud perbuatan atau hal berpergian manakala kepergian ialah perihal pergi atau keberangkatan.

 

Makna14.08.2010
Adakah penggunaan kata pemergian dalam ayat berikut Betul? Penyiaran filem-filem legenda Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee adalah untuk memperingati pemergiannya. Atau Perkataan pemergian perlu ditukar 'kepergian' lebih tepat? Mengapa?Penyiaran filem-filem legenda Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee adalah untuk memperingati pemergiannya. Dalam kamus pemergian juga bermaksud kepergian, bagaimanapun dalam laras ayat tersebut kata pemergian telah lazim digunakan.Tatabahasa09.05.2017

Kembali ke atas