Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pe.ri.ba.dian] | کڤريبادين

Definisi : perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pe.ri.ba.dian] | کڤريبادين

Definisi : perihal sifat, sikap dsb seseorang (sesebuah negara dll) yg membezakannya drpd yg lain: Tiap-tiap negara di Asia Tenggara mempunyai ~nya masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peribadi (kata nama)
Bersinonim dengan perseorangan, persendirian, diri sendiri, kedirian, seseorang, batang tubuh, prebet, oknum;,
Kata Terbitan : keperibadian, berkeperibadian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEPERIBADIAN UMUM 
NUMEROLOGI

Numerologi ialah amalan menggunakan

nombor untuk menganalisis keperibadian dan

meramal masa hadapan. Ia berasaskan

kepercayaan bahawa alam semesta dikawal oleh

hukum-hakam angka dan bahawa setiap nombor

mempunyai kuasa dan kualiti khas. Kebanyakan

ahli sains percaya bahawa numerologi tidak

berasaskan sains, tetapi ramai orang di seluruh

dunia mengamalkannya.

UMUM 
KESUSASTERAAN SEPANYOL

Kesusasteraan Sepanyol ialah salah satu

daripada kesusasteraan yang paling kaya dan

pelbagai antara semua kesusasteraan Eropah.

Selain mempunyai keperibadian yang teguh,

penulis Sepanyol terdedah kepada kesusasteraan

tradisi Kebaratan Eropah serta tradisi Ketimuran

Afrika Utara. Hasilnya mereka melahirkan satu

kesusasteraan yang bersifat asli, kemas, realistik,

berwarna-warni, humor, dan berlirik.

UMUM 
THURSTONE, LOUIS LEON

Thurstone, Louis Leon (1877–1955), ahli

psikologi Amerika, memainkan peranan utama

dalam perkembangan ujian psikologi. Satu

daripada kejayaannya yang penting ialah

penciptaan kaedah statistik yang membolehkan

pakar psikologi mengkaji sifat psikologi seseorang

seperti kebolehan dan keperibadian. Dengan

menggunakan kaedah ini terhadap hasil ujian

kecerdasan, Thurstone menetapkan bahawa

kecerdasan terdiri daripada beberapa kebolehan

yang berlainan, antaranya bakat berfikir dan

mengira. Thurstone lahir di Chicago. Dia memperoleh

ijazah Ph.D. dalam bidang psikologi dari University

of Chicago pada tahun 1917.

UMUM 

Kembali ke atas