Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pe.ri.sa.an] | کڤريساءن

Definisi : kesedapan, keenakan: nikmatilah ~ buah-buahan sejati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keperisaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
palatabilitykeperisaanMakanan dan PemakananMakananSelera atau rasa makanan yang boleh diterima serta menyenangkan deria rasa dan minda seseorang. Kebolehterimaan rasa terhadap makanan dan minuman berbeza, bergantung pada keadaan seseorang individu. Keperisaan menjadi tinggi apabila seseorang dalam keadaan lapar dan menjadi rendah selepas kenyang.
palatabilitykeperisaanVeterinarTiadaCiri bahan makanan yang menunjukkan ia dimakan oleh haiwan dengan mudah dan penuh selera. Makanan tersebut mudah dicerna dan mempunyai aras nutrien yang tinggi. Ciri seperti ini ada kaitan dengan kandungan nutrien yang mudah cerna seperti kanji, protein dan lemak. Makanan yang mempunyai ciri-ciri ini dianggap bernilai tinggi untuk keperluan sesuatu ternakan.
tallowlemak haiwanVeterinarTiadaLemak yang diperoleh hasil daripada pemprosesan daging dan ayam. Lemak ini mempunyai tenaga yang tinggi, iaitu lebih kurang 38 MJ/kg. Lemak ini digunakan dalam rangsum pada aras 2-7% untuk membekalkan tenaga, mengurangkan pendebuan, meningkatkan keperisaan dan juga meningkatkan tekstur makanan ternakan.
processed feedmakanan terprosesVeterinarTiadaBahan-bahan makanan yang mengalami pemprosesan sama ada secara kimia, fizik atau biologi. Contoh makanan yang diproses secara kimia ialah jerami padi yang dirawat dengan larutan natrium hidroksida. Makanan yang diproses secara fizik pula ialah seperti racikan pelepah kelapa sawit. Manakala contoh makanan yang mengalami pemprosesan secara biologi pula ialah penghasilan protein sel tunggal. Tujuan pemprosesan bahan-bahan makanan ini dilakukan ialah untuk meningkatkan nilai pemakanan, tahap keperisaan dan memanjangkan tempoh penyimpanan makanan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memudahkan pengangkutan serta menjimatkan ruang penyimpanan makanan.
pelletpeletVeterinarTiadaBentuk makanan yang diperoleh selepas makanan dedak atau serbuk diasak dan dipaksa keluar melalui acuan khas supaya makanan menjadi untilan bersaiz kecil. Saiz untilan boleh diubah mengikut kesesuaian berdasarkan jenis ternakan yang memakannya. Dalam proses ini, natrium bentonit atau molases ditambah ke dalam campuran sebagai pengikat untuk menguatkan untilan. Proses ini akan menyebabkan makanan dalam bentuk serbuk menjadi sejat, melekat dengan kuat dan tidak peroi. Biasanya, makanan ternakan akuakultur diproses dalam bentuk ini supaya lebih tahan dan tidak hancur apabila berada di dalam air. Bahan makanan yang berbentuk pelet juga mempunyai tahap keperisaan yang tinggi serta dapat mengurangkan pembaziran.

Kembali ke atas