Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. alat tulis 2. alat-alat tulis 3. alat keperluan 4. alat-alat keperluan adakah kesemua di atas betul? adakah "alat" memberi maksud "bilangan yang banyak"? terima kasih.Frasa yang betul ialah alat tulis dan alat keperluan. Perkataan alat telah menunjukkan banyak dan pelbagai.Tatabahasa12.08.2013
assalamualaikum admin PRPM saya menulis kepada admin PRPM adalah untuk bertanya dan mengesahkan terjemahan yang dibuat oleh saya sendiri. 1. 1 can = 100% Omega 3 ( 1 tin = 100% Omega 3?) 2. of your weekly requirement (memenuhi keperluan mingguan anda?) 3. 100% made in Perak by proud Malaysia workers (100% dikilangkan di Perak oleh pekerja tempatan Malaysia?) adakah terjemahan BI kepada BM adalah betul dan mungkin pihak PRPM boleh memberi cadangan untuk pendekkan ayat tersebut tanpa mengubah maksud yang sebenar. terima kasih admin PRPM saya harap pihak admin PRPM boleh membalas mesej saya dengan kadar segera. terima kasih sekali lagi.1. 1 can = 100% Omega 3 (1 tin = 100% Omega 3)
2. of your weekly requirement (memenuhi keperluan mingguan anda)
3. 100% made in Perak by proud Malaysia workers (dikilang di Perak 100% oleh pekerja tempatan Malaysia) 
Tatabahasa20.09.2018
assalamualaikum admin PRPM saya menulis kepada admin PRPM adalah untuk bertanya dan mengesahkan terjemahan yang dibuat oleh saya sendiri. 1. 1 can = 100% Omega 3 ( 1 tin = 100% Omega 3 2. of your weekly requirement (memenuhi keperluan mingguan anda?) 3. 100% made in Perak by proud Malaysia workers (100% dikilangkan di Perak oleh pekerja tempatan Malaysia?) adakah terjemahan BI kepada BM adalah betul dan mungkin pihak PRPM boleh memberi cadangan untuk pendekkan ayat tersebut tanpa mengubah maksud yang sebenar. terima kasih admin PRPM saya harap pihak admin PRPM boleh membalas mesej saya dengan kadar segera. terima kasih sekali lagi.Waalaikumussalam Terjemahan yang betul ialah: 1 can = 100% Omega 3 -1 tin = 100% Omega 3 2. of your weekly requirement - memenuhi keperluan mingguan anda 3. 100% made in Perak by proud Malaysia workers - 100% dikilangkan di Perak oleh pekerja tempatan Malaysia.Makna21.09.2018
Sy ingin bertanya tentang cadangan perkataan bagi ayat2 ini, sama ada perlu meggunakan perkataan "PERIMETER" @ "PARAMETER" : 1. Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan sebagai penanaman perimeter bagi setiap cadangan pembangunan. 2. Ini bermakna ruang 2 meter penanaman perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja. Sy juga ingin bertanya tentang kewujudan perkataan "KEMUDAHSAMPAIAN" (accessibility) dalam istilah b.melayu atau dalam kamus dewan terbaru. Terima kasih.1. Dalam Kamus Dewan Edisi keempat, perimeter bermaksud ukuran panjang keliling sesuatu objek, rajah satah atau kawasan. Manakala parameter bermaksud  garis-garis yang menenĀ­tukan atau menandakan keluasan atau batasan sesuatu, keluasan yang ada batasan-batasannya.

Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan yang sesuai ialah perimeter.

Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan  perimeter bagi setiap cadangan pembangunan.

Hal ini bermakna 2 meter perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja.

2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan Accessibility ialah kebolehcapaian, ketercapaian mengikut konteks ayat.
Tatabahasa08.09.2017
1.yang manakah yang betul, "Sebahagian barang-barang keperluan" atau "Sebahagian daripada barang-barang keperluan"?Adakah perkataan "daripada" mesti dimasukkan? 2. yang mana satu benar- pada usia belasan tahun atau dalam usia belasan tahunAyat yang betul ialah "Sebahagian daripada barang-barang keperluan". Kata sendi nama 'daripada' dalam ayat tersebut menunjukkan perbezaan atau perbandingan. 2. Ayat yang betul ialah 'dalam usia belasan tahun' kerana 'pada' hanya merujuk masa dan tempat.Tatabahasa22.03.2007
assalamualaikum admin PRPM saya menulis kepada admin PRPM adalah untuk bertanya dan mengesahkan terjemahan yang dibuat oleh saya sendiri. 1. 1 can = 100% Omega 3 ( 1 tin = 100% Omega 3 2. of your weekly requirement (memenuhi keperluan mingguan anda?) 3. 100% made in Perak by proud Malaysia workers (100% dikilangkan di Perak oleh pekerja tempatan Malaysia?) adakah terjemahan BI kepada BM adalah betul dan mungkin pihak PRPM boleh memberi cadangan untuk pendekkan ayat tersebut tanpa mengubah maksud yang sebenar. terima kasih admin PRPM saya harap pihak admin PRPM boleh membalas mesej saya dengan kadar segera. terima kasih sekali lagi.Terjemahan yang diberikan adalah betul.Penyemakan dan penterjemahan11.10.2018
saya, pelajar asing yang mengambil kelas Bahasa Melayu 1, untuk keperluan akademik. soalan saya : bagaimanakah kita dapat menulis bahasa melayu dengan betul, dalam penulisan laporan, thesis dan sebagainya. kedua pembentangan kertas kerja menggunakan bahasa melayu formal atau tak formal? misalnya: saya atau saye ( dalam pengucapan ). terima kasih

Misinem terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

 Untuk soalan pertama Sdr. sepatutnya  lebih banyak membuat rujukan daripada hasil tulisan pakar dalam bidang bahasa/. Buku rujukan mengenai bahasa dan penulisan memang banyak terdapat di kedai-kedai buku. Bagi soalan kedua sama ada saya atau saye bukanlah menjadi suatu masalah yang besar. Sekira Sdr. lebih selesa menggunakan sebutan baku maka sudah tentulah bunyi saya, akan tetapi jika hendaka bercakap mengikut gaya sebutan rakyat tempatan - tujuan perbualan , boleh sahaja kita sebut saye. Terima kasih 

 

Lain-lain15.10.2009
Tuan, berikut merupakan dua ayat yang perlu dibandingkan. 1. Encik Zamli telah menyenaraikan barangan keperluan yang hendak dibelinya di kompleks beli-belah itu. 2. Encik Zamli telah menyenaraikan barang keperluan yang hendak dibelinya di kompleks beli-belah itu. Yang manakah betul ? Terima kasih.Kedua-dua ayat yang diberikan adalah sama dan betul.Tatabahasa12.06.2012
Kemusykilan 1: MANA SATU YANG BETUL. a. Kami akan HADAPI segala rintangan yang mendatang. ATAU b. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang. Kemusykilan 2: Mana satu betul. Apakah maksud makanan seimbang? a. Makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. ATAU b. Makanan yang PENTING untuk keperluan tubuh.

1. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang.

2. Makanan seimbang ialah makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. Antara maksud seimbang ialah sesuai.

Tatabahasa18.10.2011
salam. Saya ingin bertanya tentang kamus BM-BM untuk murid tahap 1 (Tahun 1,2,&3) dan juga kamus BM-Bm untuk tahap 2 (Tahun 4,5,& 6) sekolah rendah.DBP ada menerbitkan Kamus KBSR Dewan Bergambar untuk memenuhi keperluan murid Darjah 4,5 dan 6. Namun demikian, kamus ini juga dapat memberi bantuan kepada pengguna lain yang memerlukan kamus seperti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.  Lain-lain04.05.2010
123456789

Kembali ke atas