Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perlu1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2. menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut; sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepen­tingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk, bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya; seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~; memerlukan 1. menjadikan perlu, memesti­kan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. meng­hendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain; keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
keperluan1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
melayani1. menyempurnakan keperluan orang lain (pembeli, tetamu, dll), meladeni: seorang gadis Cina senantiasa ~ pelanggan-pelanggan di situ; 2. mempeduli­kan (suami, teman, dll), mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain): Edah membentak kerana malas hendak ~ suami­nya; 3. menentang (musuh dll): kakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri dilayan perang; 4. mengikut kehendak (hati, fikiran, dll): sejurus ia ber­menung ~ fikiran yg berkacau itu; 5. meng­gunakan sesuatu alat kerja dgn cermat dan betul;Kamus Dewan Edisi Keempat
melayan1. menyempurnakan keperluan orang lain (pembeli, tetamu, dll), meladeni: seorang gadis Cina senantiasa ~ pelanggan-pelanggan di situ; 2. mempeduli­kan (suami, teman, dll), mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain): Edah membentak kerana malas hendak ~ suami­nya; 3. menentang (musuh dll): kakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri dilayan perang; 4. mengikut kehendak (hati, fikiran, dll): sejurus ia ber­menung ~ fikiran yg berkacau itu; 5. meng­gunakan sesuatu alat kerja dgn cermat dan betul;Kamus Dewan Edisi Keempat
wakaf IAr 1. sesuatu yg diberikan utk kegunaan orang ramai (sbg derma), sesuatu yg diberikan atau diuntukkan bagi keperluan dsb yg berkaitan dgn agama Islam; sumur (telaga) ~ sumur (telaga) yg dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (utk perkuburan, mendirikan masjid, dll); 2. badan (institusi) yg dibentuk yg ada kaitan dgn agama Islam; berwakaf memberikan sesuatu (tanah, harta, dll) utk keperluan (kegunaan) umum atau keagamaan; mewakafkan memberikan (tanah, harta, dll) utk kegunaan orang ramai, memberikan se­suatu utk hal atau keperluan yg berkaitan dgn agama: pokok manggis itu diwakafkan kpd sesiapa yg tidak mempunyai pokok manggis dlm paraknya; pewakaf orang yg mewakafkan sesuatu: ~ berkuasa menentukan orang yg bertanggungjawab sbg pentadbir harta wakafnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mencukupi1 tidak kurang utk sesuatu keperluan; cukup utk: Hasil beras negara kita hampir-hampir ~ keperluan dlm negara. 2 memadai atau memenuhi syarat-syaratnya dll: Asal ~ syaratnya, kita terimalah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepentingan1 sesuatu yg penting atau yg sangat dihargai; keperluan: Dia sanggup berkorban utk ~ bangsa dan negara. ~ kebendaan keperluan akan harta benda. 2 keadaan atau hal penting.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mencukupi1. tidak kurang utk sesuatu keperluan; cukup utk: Hasil beras negara kita hampir-hampir ~ keperluan dlm negeri. 2. memadai atau memenuhi syarat-syaratnya dll: Asal ~ syaratnya, kita terimalah.Kamus Pelajar
sara I1. = ~ hidup keperluan utk hidup (wang, makanan, dll), nafkah: suamilah yg ber-kewajiban berusaha mencari ~ hidup; 2. = wang ~ wang bantuan, wang sokongan hidup: ia mendapat ~ drpd syarikat itu; bersara 1. berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab): biasanya apabila kakitangan ini ~, mereka akan dibayar sagu hati; 2. berhenti drpd bergiat dlm sesuatu lapangan (spt kegiatan sukan): bekas juara perseorangan wanita Indonesia itu telah ~ drpd arena badminton baru-baru ini; membersarakan menyebabkan (membuat supaya) bersara: langkah ini diambil utk me-mudahkan pemimpin parti ~ Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yg difikir-kan perlu diganti; menyara menanggung sara hidup, memberi sara kpd: harta itu akan dapat ~ mereka hingga ke akhir hayat; mereka terpaksa ~ keluarga masing-masing yg berbilang mulut; saraan wang yg diberikan kpd seseorang utk membantu kehidupannya: ~ ini akan ber-panjangan sehingga ahli keluarga itu mampu berdikari; persaraan perihal (keadaan dsb) bersara, taraf atau kedudukan sudah bersara: penge-cualian cukai juga diberikan ke atas pen-dapatan drpd ~; penyaraan perihal (perbuatan, usaha dsb) me-nyara: kos ~ keluarga semakin meningkat sedangkan pendapatan mereka tidak ber-tambah; pesara orang yg sudah bersara (drpd bekerja atau berkhidmat); penyara orang yg menyara: sbg anak sulung, dia terpaksa mengambil alih tanggungjawab Almarhum ayahnya sbg ~ keluarga mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
haji1. = fardu ~ rukun Islam yg kelima yg memerlukan seseorang Islam (yg cukup syaratnya) pergi ke Mekah dan melakukan beberapa ibadat yg berkaitan dgn fardu itu; mengerjakan ~ menunaikan fardu haji; 2. orang yg berangkat ke Mekah utk menunai­kan fardu haji; jemaah ~ rombongan orang yg pergi ke Mekah utk menunaikan fardu haji; kapal ~ kapal yg membawa jemaah haji ke Mekah; Syeikh ~ orang yg mengurus hal-hal dan keperluan-keperluan jemaah haji (sewaktu mereka sedang menunaikan fardu haji); 3. gelaran atau panggilan bagi orang lelaki yg telah menunaikan fardu haji: H~ Khairuddin; bulan ~ bulan Zulhijah; fardu ~ kewajiban menunaikan haji; Hari Raya H~ hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah, Hari Raya Aidiladha; naik ~ pergi ke Mekah kerana menunaikan fardu haji; rukun ~ segala perbuatan yg mesti dilakukan supaya sah haji; tabung ~ a) kumpulan wang yg disimpan oleh bakal haji; b) bp = Lembaga Urusan Tabung H~ perbadanan yg mengurus simpanan wang bakal-bakal Haji dan pemergian mereka ke Tanah Suci (Mekah); ~ akbar (besar) ibadat haji yg wukufnya jatuh pd hari Jumaat; ~ badal orang yg menunaikan fardu haji utk orang lain yg sakit dll; ~ ifrad haji yg diikuti dgn umrah sebaik sahaja selesai ibadah haji dilaksanakan pd bulan haji; ~ mabrur ibadah haji yg dianggap sah, sempurna dan diterima Allah SWT kerana memenuhi segala rukun dan syarat (dapat mengekalkan sifat dan kelakuan yg baik dan terpuji selepas menunaikan haji); ~ mardud ibadah haji yg dianggap tidak sah dan tidak diterima Allah SWT (kerana sifat dan kelakuannya lebih buruk sebelum menunaikan haji); ~ qiran qiran; ~ sunat bp a) budak yg pergi ke Mekah mengikut orang naik haji ketika belum baligh; b) pergi naik haji sebelum baligh; ~ tamatuk haji yg dikerjakan setelah selesainya ibadah umrah pd bulan haji, dan dikenakan dam; ~ widak haji yg terakhir dikerjakan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum wafat; menghajikan menunaikan haji bagi pihak orang lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas