Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
miskinserba kekurangan barang-barang keperluan hidup; tidak berharta: ~ papa terlalu miskin. memiskinkan menjadikan miskin. kemiskinan keadaan miskin; kepapaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kedanaserba kekurangan barang-barang keperluan hidup; miskin sekali; papa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sandang panganpakaian dan makanan, keperluan hidup.Kamus Dewan Edisi Keempat
miskinserba kekurangan barang-barang keperluan hidup; tidak berharta: ~ papa terlalu miskin. memiskinkan menjadikan miskin. kemiskinan keadaan miskin; kepapaan.Kamus Pelajar
kedanaserba kekurangan barang-barang keperluan hidup; miskin sekali; papa.Kamus Pelajar
pangan IIJw makanan; sandang ~ pakaian dan makanan, keperluan hidup.Kamus Dewan Edisi Keempat
miskintidak berharta benda, serba kekurangan (dlm barang-barang keperluan hidup), me­larat, papa; ~ papa terlalu miskin; rumah ~ rumah tempat orang-orang miskin dijaga; biar ~ asal cerdik terlawan juga orang kaya prb kebijaksanaan itu lebih juga drpd kekayaan; memiskinkan menjadikan miskin; kemiskinan perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~; pemiskinan perihal, perbuatan atau tin­dakan memiskinkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bercatuberbuat sesuatu (melaksanakan peraturan) utk membahagi-bahagikan bekalan dan mengehadkan penggunaan sesuatu (biasanya keperluan hidup spt air dan barang makanan);Kamus Dewan Edisi Keempat
belanja hidupwang utk membeli barang keperluan hidup;Kamus Dewan Edisi Keempat
catubahagian (makanan dll) yg ditentukan jumlah atau banyaknya; bercatu berbuat sesuatu (melaksanakan peraturan) utk membahagi-bahagikan bekalan dan mengehadkan penggunaan sesuatu (biasanya keperluan hidup spt air dan barang makanan); mencatu 1. menetapkan (mengehadkan) penggunaan sesuatu: makanan biasa dicatu dlm keadaan perang; 2. membahagi-bahagi­kan sesuatu dgn jumlah (banyaknya) yg telah ditentukan: sebelum pergi ke sekolah, anak-anaknya dicatu 20 sen seorang; mencatukan membahagikan sesuatu dgn jumlah (banyaknya) yg telah ditentukan atau dgn sedikit-sedikit; catuan catu; pencatuan perihal (tindakan dsb) mencatu­(kan), pembahagian catu.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas