Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autophagyautofagiBioteknologiTiadaPenampungan keperluan hidup sendiri dengan cara menyerap hasil metabolisme yang dihasilkan oleh mikroorganisma itu sendiri, misalnya penggunaan glikogen yang terdapat dalam sel yis itu sendiri.
competitionpersainganBiologiEkologiPertandingan antara organisma untuk mendapatkan keperluan hidup, seperti ruang dan cahaya bagi tumbuhan, serta ruang, makanan, dan pasangan bagi haiwan.
habitathabitatBiologiEkologiTempat tinggal sesuatu spesies haiwan atau tumbuhan, yang membolehkannya mendapatkan keperluan hidup, seperti makanan, tempat perlindungan, dan sekitaran yang sesuai untuk membiak. Misalnya, habitat bakau kurap, Rhizophora mucronata ialah di hutan bakau, dan habitat ulat gonggok, Trigoniulus lumbricus ialah di dasar hutan.
habitathabitatPerhutananPengurusan HutanTempat tinggal sesuatu spesies haiwan atau tumbuhan yang membolehkannya mendapat keperluan hidup seperti makanan, perlindungan dan persekitaran yang sesuai untuk membiak.
law of the minimumhukum minimumKejuruteraanTiadaHukum yang berdasarkan konsep bahawa pertumbuhan atau kemandirian populasi berkait langsung dengan keperluan hidup yang paling minimum dan tidak kepada gabungan beberapa faktor.
Liebig law of the minimumhukum minimum LiebigKejuruteraanTiadaHukum yang berdasarkan konsep bahawa pertumbuhan atau kemandirian populasi berkait langsung dengan keperluan hidup yang paling minimum dan tidak kepada gabungan beberapa faktor.
settlement patternpola petempatanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTempat kegiatan manusia yang berkembang sebagai tempat tinggal. Pola ini dibahagikan kepada dua jenis, iaitu petempatan sementara dan kekal yang dipengaruhi oleh lingkungan dan keperluan hidup seperti pinggir sungai, pedalaman, gua dan persisiran pantai. Pada zaman protosejarah, pola petempatan juga dilengkapi sistem kota dan rumah ibadat. Contohnya, di Trowulan (Indonesia) dan di Lembah Bujang (Malaysia).
ash layerlapisan abuArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLapisan yang berkaitan dengan pembakaran sama ada arang atau letusan gunung berapi. Lapisan abu dapat dijadikan bukti penggunaan api oleh manusia untuk tujuan memasak dan keperluan hidup. Lapisan abu dengan jumpaan arang amat berguna dalam kajian arkeologi kerana boleh dilakukan pentarikhan mutlak. Debu gunung berapi pula dapat menunjukkan proses alam semula jadi dan kesannya terhadap manusia dan lingkungan kawasannya. Contohnya, penemuan beras terbakar di Gua Cha (Kelantan) yang bertarikh 900 tahun dan penemuan lapisan abu gunung berapi di Lembah Lenggong (Perak) yang bertarikh 30 000 hingga 34 000 tahun dahulu.
ecologic nicheceruk ekologiGeologiTiadaKedudukan sesuatu organisma atau populasi di dalam persekitaran sebagaimana yang dapat ditentukan melalui cara hidup, keperluan, sumbangan, keupayaan, dan saling tindakannya dengan organisma atau populasi yang lain.
physiological needskeperluan fisiologiPerubatanTiadaKeperluan asas bagi mengekalkan fungsi organisma hidup seperti air, udara, nutrisi, perkumuhan, tidur, rehat dan termoregulasi. Keperluan ini merupakan dasar dalam hierarki piramid Maslow.
1234

Kembali ke atas