Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.per.si.san] | کڤرسيسن

Definisi : perihal (keadaan) persis, kete­patan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pd mutu bahasa Melayu yg dikuasai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepersisan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh jelaskan dengan terperinci kepersisan makna,ketaksaan leksikal dan struktur dalam tatabahasa serta dengan contohnya"Kepersisisan makna" ialah perihal (keadaan) persis, kete­patan, kejituan makna; "ketaksaan" ialah idea yang memberikan lebih daripada satu makna dan meninggalkan ketidakpastian atau keraguan tentang maksud sebenar yang ingin disampaikan. Bagi membantu, puan boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP). Terdapat banyak bahan rujukan yang boleh diperoleh berkaitan perkara ini. Puan juga boleh membuat rujukan pada majalah-majalah terbitan DBP atau membuat rujukan di perpustakaan IPT atau Perpustakaan Negara Malaysia.Makna03.02.2014
Dalam urusan jabatan/organisasi; istilah perkataan "precision', 'sustainability'

Cadangan padanan istilah dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

precision - kepersisan

sustainability - kelestarian

Istilah23.11.2009
Salam, Boleh mohon bantuan untuk terjemah 'Precision Medicine' ke dalam Bahasa?Terima kasih Dr. Norfarazieda Hassan/USMWaalaikumussalam...
Maksud bagi 'Precision Medicine'  ialah perubatan kepersisan
Makna20.07.2020

Kembali ke atas