Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pe.sa.tan] | کڤستن

Definisi : perihal pesat, kemajuan yg pesat: ~ penubuhan dan pembinaan syarikatsyarikat perusahaan dan kilang akan meringankan masalah pengangguran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepesatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam pihak DBP. Saya ingin membuat cadangan agar pihak DBP menerbitkan majalah dan buku secara digital seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi masa kini. Saya ingin membeli majalah seperti DEWAN SASTERA, BUDAYA dan sebagainya tetapi secara digital kerana pertama mudah untuk dibawa dan dibaca kemana-mana. Kedua, memudahakan penyimpanan. Jika bahan bacaan masih bersifat tradisional/fizikal akan menyukarkan pembaca menyemak dan mencari kembali bahan bacaan yang lama yang mungkin tersimpan di stor dan sebagainya.Oleh itu saya memohon agar pihak DBP mempertimbangkan cadangan ini agar bahan bacaan DBP kekal relevan dan terus diminati terutamanya generasi muda. Terima kasih.Salam tuan yang dihormati, Untuk makluman, pihak DBP kini sedang dalam proses ke arah penerbitan buku dan majalah secara digital. Sungguhpun begitu, pada peringkat awal, tidak semua akan didigitalkan. Mungkin akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian dan keutamaan.Lain-lain26.09.2017
Dari segi realisasi fonetik, adakah "dialek Johor-Riau" yang digunakan pada zaman sekarang ini sama sepenuhnya dengan "dialek Johor-Riau" pada 100 tahun lepas? Jika ada apakah perbezaannya?Sudah pastilah realisasi fonetik atau sebutan bagi dialek Johor-Riau pada 100 tahun lalu tidak sama sepenuhnya dengan dialek Johor-Riau kini. Perkembangan dan kepesatan perbendaharaan kata sekarang ini menjadi salah satu faktor perbezaannya. Apatah lagi perancangan bahasa standard atau baku bagi tujuan keselarasan ejaan dan sebutan telah dilaksanakan dengan giat oleh organisasi yang berautoriti iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal yang sama berlaku juga di negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam, semuanya bergerak pantas.Lain-lain10.04.2023
adakah istilah ini digunakan dalam BM? (perlu italic atau tidak jika ia ditulis dalam teks) -sentraliti -autopoiesis, -multidimensionaliti -dekomposisi. -kebertujuan -kategorisasi -hadis ahad, - mukhalafah. -praassumpsi -istihsan -disjunktif -paganis

Setiap perkataan tersebut telah mempunyai istilah dalam bahasa Melayu. Oleh itu, sila gunakan istilah dalam bahasa Melayu yang sedia ada dan tidak perlu italik. Kami mencadangkan perkataan tersebut dipadankan seperti yang berikut:

 

1.        sentraliti – kesepaduan, pemusatan, kepesatan

2.        autopoiesis – autopoiesis

3.        multidimensionaliti – multidimensi

4.        dekomposisi –penguraian, pereputan

5.        kebertujuan – kebertujuan

6.        kategorisasi – kategorisasi

7.        praassumpsi – praandaian

8.        hadis ahad - hadis Ahad

9.        mukhalafah – mukhalafah

10.      istihsan – istihsan

11.      disjunktif – penyarak, disjungtif

12.      paganis - Mohon berikan makna perkataan dan contoh penggunaan dalam ayat dan ejaan dalam bahasa Inggeris supaya kami dapat mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan ini.

Untuk mendapatkan padanan istilah dalam bahasa Melayu, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) https://prpm.dbp.gov.my

Lain-lain03.11.2022

Kembali ke atas