Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pe.sa.tan] | کڤستن

Definisi : perihal pesat, kemajuan yg pesat: ~ penubuhan dan pembinaan syarikatsyarikat perusahaan dan kilang akan meringankan masalah pengangguran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepesatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
evolutionary ratekadar evolusiBiologiGenetikKepesatan berlakunya evolusi yang terbahagi kepada tiga, iaitu takiteli, braditeli dan horoteli.
roof tilegentingKesenianSeni BinaKepingan leper atau melengkung yang digunakan sebagai penutup bumbung rumah. Bahan asas untuk menghasilkan genting biasanya diperbuat daripada tanah liat. Namun, dengan kepesatan teknologi yang berlaku, genting kini diperbuat daripada bahan seperti konkrit dan bahan-bahan ciptaan baharu yang lain. Kualiti bahan mentah yang digunakan untuk membuat genting seharusnya baik supaya dapat meminimumkan kadar serapan air dan mengelakkan kebocoran apabila hujan lebat.
agrarian partyparti agrariaSains PolitikPolitik PerbandinganParti yang mewakili kepentingan masyarakat tani. Parti ini amat dominan di negara Eropah khususnya negara seperti Norway, Denmark, Finland, Sweden, Hungary dan Poland pada pertengahan abad ke-20. Namun kepesatan perindustrian dan perbandaran telah menghakis perkembangan parti jenis ini. Contohnya, Parti Keskustapuolue di Finland.

Kembali ke atas