Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ping] | کڤيڠ

Definisi : 1. pipih dan nipis: getah ~; 2. penjodoh bilangan bagi sesuatu yg pipih dan nipis (spt kad, kertas, papan, dsb) atau bagi sesuatu yg luas (spt tanah): dua ~ kertas; se~ tanah; 3. = kepingan; berkeping-keping 1. merupakan atau ter­diri drpd kepingan-kepingan: getah yg ~ kemudiannya diasap supaya tahan lama; 2. berpecah-pecah atau bercerai-cerai menjadi keping-keping kecil (drpd sesuatu yg lebih besar), cabik-cabik (kain dll): habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu bercabiran diterbangkan oleh angin ~ ke sana ke mari; mengeping menjadikan (membelah dll su­paya menjadi) berkeping-keping: bekerja keras ~ kayu; ~ getah; kepingan 1. bahagian yg kecil serta nipis yg merupakan pecahan drpd sesuatu, pecahan, tembereng: dikutipnya ~-~ kaca drpd gelas yg jatuh terhempas itu; 2. sesuatu yg pipih dan nipis, keping: ~-~ getah yg telah diasap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ping] | کڤيڠ

Definisi : sj ikan laut, kepal laut, Abudefduf notatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ping] | کڤيڠ

Definisi : ; akar buah ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), susuh ayam hutan, Luvunga scandens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ping] | کڤيڠ

Definisi : 1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg pipih atau tipis (papan dll) atau yg lebar meluas spt tanah: dua ~ papan; se~ tanah. 2 = kepingan sesuatu yg pipih atau tipis bentuknya: getah ~. berkeping-keping terdiri drpd beberapa keping; berpecah-pecah drpd sesuatu yg lebih besar: Lapisan sel yg mati itu menjadi keras dan ~. mengeping menghiris, membelah dsb supaya berkeping-keping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keping (kata nama)
Bersinonim dengan helai, nipis, tipis, lembaran, carik, lampir, pipih, cabik, cebis;,
Kata Terbitan : berkeping-kepingan, mengeping, kepingan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lasagnelasagnePentadbiran PerniagaanTiadaPasta yang berbentuk keping-keping.
plate boundarysempadan platGeologiTiadaZon kegiatan seismos dan tektonik di sepanjang tepi keping litosfera yang menunjukkan gerakan relatif antara keping-keping.
corrugated iron sheetkeping besi ombakKejuruteraanTiadaKeping besi, biasanya bergalvani, yang mempunyai pengombakan untuk mengukuhkannya.
egg flakespasta telur kepingPentadbiran PerniagaanTiadaPasta berbentuk keping yang dicampur telur.
sheet rubbergetah kepingPertanianAgronomi

 Getah asli yang diproses menjadi kepingan piawai. Getah keping dihasilkan dengan membekukan susu getah dan kemudiannya digiling menjadi kepingan dan dikeringkan. Getah ini biasanya dihasilkan oleh pekebun kecil yang menjualnya kepada pengilang getah.

lead doorpintu plumbumKejuruteraanTiadaPintu yang terdiri daripada dua keping keluli pada bahagian luarnya dan di antara dua keping keluli itu diletakkan plumbum.
platykepingPertanianTiadaTiada
flat sheetkeping rataFizikTiadaTiada
aseismic platekeping aseismosGeografiTiadaTiada
lancet platekeping lembingGeologiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas