Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pi.ngan] | کڤيڠن

Definisi : 1. bahagian yg kecil serta nipis yg merupakan pecahan drpd sesuatu, pecahan, tembereng: dikutipnya ~-~ kaca drpd gelas yg jatuh terhempas itu; 2. sesuatu yg pipih dan nipis, keping: ~-~ getah yg telah diasap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pi.ngan] | کڤيڠن

Definisi : sesuatu yg pipih atau tipis bentuknya: getah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keping (kata nama)
Bersinonim dengan helai, nipis, tipis, lembaran, carik, lampir, pipih, cabik, cebis;,
Kata Terbitan : berkeping-kepingan, mengeping, kepingan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mosaicmozekKesenianSeni Bina1. Seni menghasilkan imej atau corak permukaan yang terdiri daripada susunan kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau bahan lain yang berwarna-warni yang dilepa bersama-sama. Kepingan-kepingan tersebut disusun dalam bentuk gambar manusia, haiwan atau pelbagai imej lain. Kebanyakan mozek menghiasi siling, lantai dan dinding di bahagian dalam tetapi ada juga yang digunakan untuk menghiasi permukaan luar seperti kaki lima dan dinding luar. 2. Kepingan kecil kaca, batu, gelas dan bahan lain yang berwarna-warni, yang dipasang pada lantai, tembok dan sebagainya.
yokekukTeknikElektrikKepingan-kepingan besi lembut atau bahan magnet lain yang dilekatkan bersama bagi membentuk ters pengubah atau litar magnet bagi mesin-mesin elektrik. Kuk dibelitkan dengan belitan dawai, lazimnya kuprum, untuk menghasilkan kutub elektromagnet.
raccroc stitchjahit saukKesenianTiadaJahitan yang digunakan untuk mencantumkan kepingan-kepingan kecil yang berasingan ketika membuat renda. Bahagian tepi setiap kepingan kecil dikemaskan dengan separa kerawang. Dipercayai dibuat oleh Cahanet di Bayeux, Perancis pada abad ke-18.
frost fankipas ibunGeografiTiadaKepingan - kepingan ais yang terbentuk akibat tindakan ibun.
fragmentserpihan; pecahan; cebisanPerubatanTiada1. Serpihan: Kepingan-kepingan kecil yang terpecah daripada suatu entiti yang besar.
kaleidoscopekaleidoskopKesenianTiadaTeropong yang mengandungi cermin dan kepingan-kepingan kaca yang kecil dan berwarna.
jointtanggamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSambungan kepingan-kepingan kayu dan venir sama ada secara penyusukan profil, perekatan, pemakuan atau secara penyumbatan penetap. Tanggam banyak digunakan dalam kerja kayu seperti pembuatan perabot dan pembinaan rumah.
insulate flangebebibir bertebatKimiaTiadaBebibir yang dilengkapi dengan kepingan-kepingan plastik untuk memisahkan bahagian-bahagian atau komponen-komponen logamnya di antara satu sama lain. Dengan demikian tidak akan terjadi aliran atus elektrik di dalam bebibir. Biasanya bebibir digunakan di dalam sistem perlindungan katod untuk mencegah kakisan elektrolitik tetapi kadang kala digunakan apabila talian aliran telah disambungkan kepada kepala telaga.
insulate flangebebibir bertebatKejuruteraanPetroleumBebibir yang dilengkapi dengan kepingan-kepingan plastik untuk memisahkan bahagian-bahagian atau komponen-komponen logamnya di antara satu sama lain. Dengan demikian tidak akan terjadi aliran atus elektrik di dalam bebibir. Biasanya bebibir digunakan di dalam sistem perlindungan katod untuk mencegah kakisan elektrolitik tetapi kadang kala digunakan apabila talian aliran telah disambungkan kepada kepala telaga.
batten luglayar apitPelayaranTiadaLayar yang diperkukuhkan dengan memasukkan kepingan-kepingan kayu pada permukaannya.
12345678910...

Kembali ke atas