Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : gumpalan asap atau awan yg tebal: ~-~ asap keluar dr corong asap kapal itu; berkepul, berkepul-kepul bergumpal-gumpal tebal (bkn asap yg naik ke udara atau awan yg terapung-apung di udara): berkepul-kepul asap dr sampah-sarap yg dibakar itu naik ke celah-celah daun manggis; mengepul menjadi bergumpal-gumpal (bkn asap, awan), keluar berkepul-kepul (bkn asap dll): asap rokok itu ~ naik ke atas dan menghilang dlm kegelapan malam yg hitam pekat itu; mengepulkan menghembuskan asap rokok dll menjadi berkepul-kepul (bergumpal­-gumpal): ia duduk termenung sambil ~ asap rokoknya; kepulan gumpalan (asap dll): ~ asap hitam kelihatan menuju ke udara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = kepulan gumpalan (asap, awan dsb) yg tebal. berkepul berkelompok tebal (bkn awan atau asap yg naik ke udara); bergumpal: ~-kepul asap naik ke udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepul (kata nama)
Bersinonim dengan gumpal, kepal, ketul;,
Kata Terbitan : berkepul, berkepul-kepul, mengepul,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan naik dalam ayat di bawah adakah betul penggunaannya... 1. Sally naik bas ke sekolah 2Bekepul-kepul asap naik ke udara dalam kebakaran itu.Penggunaan perkataan "naik" dalam ayat kedua betul, namun dalam ayat pertama perkataan yang betul ialah "menaiki".Tatabahasa03.03.2014
Nak tanya 'asap' boleh guna penjodoh bilangan gumpal? terima kasih.

Salam sejahtera,

Tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan. Tidak ada contoh penggunaan penjodoh bilangan atau unit bagi  asap dalam sumber rujukan kami. Kata asap tidak perlu menggunakan penjodoh bilangan.

Namun lazimnya, perkataan yang sering digandingkan dengan 'asap' ialah 'kepul.' Manakala perkataan 'gumpal' pula merujuk Kamus Pelajar, gumpal merupakan kumpulan benda seperti darah, tanah liat) yang merupakan ketul; segala yang berkepal-kepal atau berkepul-kepul (awan dll): Dia telah membuat boneka daripada segumpal tanah liat yg dikeraskan.

Tatabahasa04.12.2012

Kembali ke atas