Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pu.la.ngan] | کڤولڠن

Definisi : perihal pulang: ~ku disambut oleh ibu dan keluarga dgn mesra; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pu.la.ngan] | کڤولڠن

Definisi : perbuatan atau hal pulang: ~nya telah disambut dgn perasaan gembira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pulang (kata kerja)
Bersinonim dengan balik, kembali, kelik, mulih;,
Kata Terbitan : memulangkan, terpulang pada, pulangan, kepulangan, pemulangan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
angalang Mr1. sejenis tarian utk menyambut kepulangan pahlawan dari peperangan atau merayakan hari keramaian.Penari-penari Tarian Angalang terbina dari dua barisan yang satu-satunya barisan mengandungi tujuh orang penari lelaki. Mereka menari dengan mengikut rentak alat-alat muzik yang dipukul dengan irama-irama tertentu, sambil bergerak mereka maju ke depan dan demikian juga penari wanitanya. Walau bagaimanapun reka bentuk tarian berkenaan boleh dilakukan mengikut selera atau kemahuan pencipta.Tarian Mengubati Orang Yang SakitGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pulai Ibpulang.Ke mana perginya apaimu, Icut? Ndak pulai-pulai lagi. Umbai berasa semakin resah. Kepulangan lakinya mula diragukannya. Entah pulang entah tidak lakinya itu.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyondok Skmengambil bahagian dalam upacara ngoncong untuk menunaikan niat, hajat.Daripada ngoncong Ah Lasak dapat membayangkan kepulangan modalnya. Itupun kalau orang yang nyondok ramai. Ramai penyondok banyaklah duit. Banyaklah pulang modal.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bedil keletung, *bedil kelutung* Ibkata majmuk yang merujuk sejenis bedil yang diperbuat daripada tembaga.Pada satu hari bedil keletung tiba-tiba berbunyi menandakan kepulangan Ketupong dan kumpulannya dari merantau. Ketupong ialah suami Dara Tinchin Temaga, menantu sulung Sengalang Burong.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas