Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pu.ngan] | کڤوڠن

Definisi : lingkungan atau barisan berke­liling yg dibentuk (dibuat) oleh orang-orang (pasukan dsb) yg mengepung: mereka mengatur rancangan utk menembusi ~ Jerman terhadap kepulangan Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pu.ngan] | کڤوڠن

Definisi : lingkungan yg dibuat oleh orang-orang yg berkepung atau mengepung: Beliau berjaya melepaskan diri drpd ~ musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepungan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam DBP, Saya nak tahu, adakah penggunaan istilah bahasa Inggeris yang tiada erti yang sesuai; seperti "Arrondissement"? (juga diakui oleh ahli sastera bahasa Inggeris sendiri bahawa tiada maksud sesuai bagi istilah bahasa Perancis "aʁɔ̃dismɑ̃") Secara kasarnya bermaksud "daerah", lebih etimologi tepat, tetapi kurang kiasan, definisi akan menjadi '''kepungan''', dari bahasa Perancis ''arrondir''. Tetapi oleh kerana Perancis sendiri terlalu banyak pembahagian (daripada bahagian arrondissement, dibahagikan lagi menjadi komun dan kanton), istilah "daerah" atau "mukim" tidak sesuai kerana maksudnya lari dan tidak sesuai dengan perkataan harian Bahasa Melayu. Jadi adakah saya boleh menggunakan istilah "Arrondissement" secara terus dari BI untuk menyatakan maksud pembahagian kuasa kawasan di Perancis, kerana BM juga belum ada istilah sesuai untuk istilah tersebut? (Komun dan kanton mudah untuk ditranslisasikan daripada BI, "Commune" dan "Canton") Dan begitu juga perkataan lain yang masih belum ada terjemahan BM, bolehkah saya translisasikan sahaja perkataan yang tiada maksud dalam BM, jika boleh?Soalan ini akan dipanjangkan  kepada Bahagian Perkamusan untuk mendapatkan bantuan jawapan.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Terima kasihLain-lain16.06.2017

Kembali ke atas