Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pu.ngan] | کڤوڠن

Definisi : lingkungan atau barisan berke­liling yg dibentuk (dibuat) oleh orang-orang (pasukan dsb) yg mengepung: mereka mengatur rancangan utk menembusi ~ Jerman terhadap kepulangan Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pu.ngan] | کڤوڠن

Definisi : lingkungan yg dibuat oleh orang-orang yg berkepung atau mengepung: Beliau berjaya melepaskan diri drpd ~ musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepungan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PYTHEAS

Pytheas ialah penjelajah Yunani yang hidup

pada akhir tahun 300-an S.M. Pytheas terlepas

daripada kepungan tentera laut Carthaginia di

Gibraltar dan dapat meneruskan penjelajahannya

ke pantai utara Eropah. Dia belayar mengelilingi

Britain , dan menerokai kawasan tersebut. Pytheas

mendengar banyak cerita tentang tanah

bermisteri yang dikenal sebagai Thule, yang

berkemungkinan Norway.

UMUM 
KELONG

Kelong suatu kaedah penangkapan ikan di laut. Ia

terdiri daripada barisan pancang yang dibina

menghadap arus laut dalam bentuk menirus

seperti huruf V, dengan kepungan empat persegi

di hujungnya yang merupakan kawasan perangkap

ikan. Kelong dibina di kawasan yang tidak begitu

jauh dari pantai untuk mengelakkan gelombang

atau ombak besar yang memungkinkan pancang

patah atau tercabut.

UMUM 
TIKUS TOBRUK

Tikus Tobruk ialah pasukan tentera Pihak

Berikat dalam Perang Dunia II, yang mampu

bertahan dalam satu pengepungan selama lapan

bulan, semasa kempen Afrika Utara pada tahun

1941. Pasukan tentera Berikat telah dikepung oleh

Kor Jerman Afrika di Tobruk, yang terletak di

pesisiran pantai Libya, setelah keseluruhan

Tentera Inggeris berundur dari situ. Mereka

bertahan dari 11 April hingga 10 Disember,

apabila tentera Jerman menghentikan kepungan

itu.

UMUM 

Kembali ke atas