Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pu.tu.san] | کڤوتوسن

Definisi : 1. kesudahan, akhir, penghabisan: sampai mana ~ sungai ini? 2. putusan, ketentuan, ketetapan: ia mengambil ~ meninggalkan rumah itu; semua ~ parlimen diambil dgn suara yg lebih drpd separuh; 3. = putusan kesudahan pendapat, ikhtisar, kesimpulan: drpd kejadian yg berlaku baru-baru ini dapat diambil ~ bahawa masih banyak lagi usaha yg mesti dijalankan; 4. = putusan pertimbangan atau ketentuan (yg dijatuhkan oleh hakim): mengikut ~ mahkamah ia berhak tinggal di atas tanah itu dan mengambil faedah daripadanya; 5. = putusan kesudahan (pemeriksaan dll), hasil: ~ pilihan raya itu sungguh mengejutkan; ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dapat diketahui pd bulan Mac; 6. mengalami kekurangan atau tidak ada (makanan, wang, dll), kehabisan: jentera yg kehilangan tenaga disebabkan ~ minyak; ia minta dijualkan cincinnya kerana ~ belanja; ~ asa perihal menderita putus asa; ~ benar sangat kekurangan (wang dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pu.tu.san] | کڤوتوسن

Definisi : 1 sesuatu yg ditetapkan sesudah dibincangkan; hasil drpd sesuatu perbincangan; kesimpulan: ~ perbicaraan itu belum diketahui lagi. ~ peperiksaan itu akan disiarkan dlm surat khabar. 2 mengalami kekurangan atau tidak adanya sesuatu; kehabisan: Sampai di tengah jalan, kenderaan kami telah ~ minyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat,
Berantonim dengan bercantum

2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas,
Berantonim dengan bermula

Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan,

Peribahasa

Biar pecah perut,
     bumi merekah.

Bermaksud :

Keputusan yang tegas.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
eksekutiforang atau golongan yg mempunyai kuasa dlm membuat keputusan dan bertanggungjawab thp pentadbiran atau pengurusan sst agensi, organisasi, syarikat perniagaan dsbKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas