Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pu.tu.san] | کڤوتوسن

Definisi : 1. kesudahan, akhir, penghabisan: sampai mana ~ sungai ini? 2. putusan, ketentuan, ketetapan: ia mengambil ~ meninggalkan rumah itu; semua ~ parlimen diambil dgn suara yg lebih drpd separuh; 3. = putusan kesudahan pendapat, ikhtisar, kesimpulan: drpd kejadian yg berlaku baru-baru ini dapat diambil ~ bahawa masih banyak lagi usaha yg mesti dijalankan; 4. = putusan pertimbangan atau ketentuan (yg dijatuhkan oleh hakim): mengikut ~ mahkamah ia berhak tinggal di atas tanah itu dan mengambil faedah daripadanya; 5. = putusan kesudahan (pemeriksaan dll), hasil: ~ pilihan raya itu sungguh mengejutkan; ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dapat diketahui pd bulan Mac; 6. mengalami kekurangan atau tidak ada (makanan, wang, dll), kehabisan: jentera yg kehilangan tenaga disebabkan ~ minyak; ia minta dijualkan cincinnya kerana ~ belanja; ~ asa perihal menderita putus asa; ~ benar sangat kekurangan (wang dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pu.tu.san] | کڤوتوسن

Definisi : 1 sesuatu yg ditetapkan sesudah dibincangkan; hasil drpd sesuatu perbincangan; kesimpulan: ~ perbicaraan itu belum diketahui lagi. ~ peperiksaan itu akan disiarkan dlm surat khabar. 2 mengalami kekurangan atau tidak adanya sesuatu; kehabisan: Sampai di tengah jalan, kenderaan kami telah ~ minyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat,
Berantonim dengan bercantum

2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas,
Berantonim dengan bermula

Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan,

Peribahasa

Biar pecah perut,
     bumi merekah.

Bermaksud :

Keputusan yang tegas.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decision trapperangkap keputusanPengurusanPerancanganKeadaan yang mengekang atau menghalang keberkesanan sesuatu proses pembuatan keputusan. Perangkap keputusan akan mengakibatkan keputusan yang dibuat kurang tepat ekoran kesilapan atau kelemahan dalam proses pembuatan keputusan. Antara contoh keadaan yang boleh menjadi perangkap keputusan ialah alternatif-alternatif keputusan yang tidak ditakrif dengan jelas, kegagalan untuk mengumpul maklumat yang tepat, pertimbangan kos-faedah yang tidak dilakukan dengan baik dan pembuat keputusan yang bersikap berat sebelah.�Lihat juga proses pembuatan keputusan.
recursive relationshipperhubungan rekursiPentadbiranTiadaMekanisme yang mana keputusan-keputusan dan keadaan-keadaan berkaitan di antara peringkat-peringkat.
decision criteriakriteria keputusanPentadbiranPentadbiran Awam

Pengelasan atau elemen-elemen ketetapan yang diambil oleh organisasi atau pihak pentadbir atasan terhadap sesuatu tindakan. Keputusan segera, keputusan sebulat suara, keputusan sulit dan keputusan atasan merupakan beberapa model di dalam kriteria keputusan yang bergantung kepada hierarki pengurusan. Antara perkara yang termaktub dalam kriteria keputusan ialah perincian matlamat, penilaian risiko, implikasi kewangan, kerasionalan dan jangkauan dapatan.

structured decision makingpembuatan keputusan berstrukturPengurusanPerancanganProses pembuatan keputusan secara sistematik pada peringkat perancangan dalam pengurusan sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat yang diharapkan. Tindakan ini dianggap berstruktur kerana perlu mempunyai beberapa unsur asas, termasuk matlamat yang jelas, keputusan-keputusan alternatif yang ada dan jangkaan hasil keputusan yang boleh dikenal pasti. Kaedah ini sesuai bagi situasi yang berlaku secara berulang dan boleh dijadikan rujukan untuk proses pembuatan pada masa akan datang. Banding pembuatan keputusan tidak berstruktur.
physical inventory systemsistem inventori fizikalPentadbiranTiadaSistem inventori yang mana pihak pengurusan mengawasi aras-aras pelbagai barangan secara fizikal supaya dapat membuat keputusan-keputusan inventori.
decision tree analysisanalisis pokok keputusanPengurusanPerancanganTeknik membuat keputusan dengan menggunakan rajah seumpama dahan dan ranting pokok, sebagai gambaran satu rantaian keputusan dan perbandingan alternatif keputusan yang lain. Penggunaan analisis pokok keputusan adalah untuk meneliti implikasi pembuatan keputusan yang berbilang atau hasil akhir yang dipengaruhi oleh situasi berbeza. Contohnya, analisis pembuatan keputusan untuk menilai keupayaan pembekal sebelum dilantik bagi melaksanakan sesuatu projek.
decision treepokok keputusan/pepohon keputusanKejuruteraanTiadaGambaran bergraf bagi jadual keputusan, yang menunjukkan laluan atau tindakan yang dapat diambil apabila wujudnya keadaan-keadaan yang tertentu.
decision treepokok keputusan/pepohon keputusanKomputerTiadaTiada
decision treepokok keputusan/pepohon keputusanPentadbiranTiadaTiada
decision treepokok keputusan/pepohon keputusanTeknologi MaklumatTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas