Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
putus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat,
Berantonim dengan bercantum

2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas,
Berantonim dengan bermula

Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
judicial decisionkeputusan kehakimanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHasil daripada penyelesaian pertelingkahan yang dibawa kepada mahkamah domestik ataupun mahkamah antarabangsa. Keputusan kehakiman sangat penting kerana ia menentukan bagaimana sesuatu kes diselesaikan. Menurut Perkara 38(1) (d) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa, keputusan kehakiman merupakan salah satu sumber sampingan undangundang antarabangsa. Keputusan kehakiman hanya mengikat negara yang bertelingkah tanpa mengikat negara-negara lain. Walau bagaimanapun, keputusan kehakiman boleh menjadi bukti amalan negara yang boleh membentuk adat antarabangsa yang bersifat mengikat sesebuah negara.
reviewkajian semulaUndang-undangTiada1. Proses meneliti semula persempadanan kawasan pilihan raya seperti yang terdapat dalam peruntukan Perlembagaan. 2. Proses memeriksa semula sesuatu keputusan contohnya keputusan mahkamah, lembaga penyiasatan dan sebagainya.
decisionkeputusanPentadbiranTiada1. Alternatif yang terpilih dalam proses membuat keputusan.
coefficient of realismpekali realismePentadbiranTiadaSatu nilai di antara 0 hingga 1. Bila pekali hampir dengan satu, kriteria keputusan adalah optimis. Bila pekali hampir kepada sifar, kriteria keputusan adalah pesimis.
above the line/ below the lineatas garisan / bawah garisanKomunikasiKorporat1. Garis pemisah, penentu jenis autoriti dan pelaksanaan organisasi. Jenis autoriti yang terlibat dalam menentukan dasar, perancangan, penentuan konsep dan pembuatan keputusan terkandung dalam kelompok atas garisan. Jenis autoriti yang terlibat dalam melaksanakan keputusan pula tergolong dalam kelompok bawah garisan. 2. Kaedah mengenali jenis aktiviti promosi barangan dan perkhidmatan. Aktiviti perancangan promosi yang melibatkan pendekatan 4P (product, place, price dan promotional) dikenali sebagai aktiviti atas garisan (A/L). Pendekatan 4P memberikan keutamaan kepada aspek perancangan barangan, tempat, harga, dan promosi termasuk perancangan pengiklanan. Aktiviti promosi diperingkat pelaksanaan yang melibatkan pengguna dan barangan pula dikenali sebagai aktiviti bawah garisan (B/L). Aktiviti bawah garisan ini dilaksanakan terus kepada pengguna. Contohnya, aktiviti yang bersifat pertandingan yang dikaitkan dengan barangan dan perkhidmatan, pemberian lebihan barangan dengan harga yang sama atau promosi beli satu percuma satu.
resulthasil; keputusanKejuruteraanTiada1. Perubahan sebenar yang dilihat atau disukat, yang berlaku kerana sesuatu sebab.,2. Nilai angka yang dihasilkan daripada bacaan-bacaan daripada uji kaji kuantitatif.,3. Kumpulan cerapan dan taabiran yang diperoleh dalam uji kaji kualitatif.
rulingpenggarisan; penggaris; garisan; keputusan; arahan; perintah; fatwaPentadbiran PerniagaanTiada1. Garisan: Garisan menegak dan mengufuk dalam penjadualan.
management information systemsistem maklumat pengurusanPentadbiranPentadbiran Awam

Sistem maklumat berasaskan komputer yang direka bentuk bagi membantu pembentukan dasar bagi semua lapisan pengurusan. Sistem maklumat ini menggabungkan manusia, perkakasan, perisian, jaringan komunikasi dan sumber data yang kemudiannya diproses menjadi maklumat kepada organisasi. Sistem ini dibina mengikut langkah-langkah berikut (1) Analisis penggubalan keputusan iaitu mengenal pasti objektif sesuatu organisasi dan jenis keputusan yang dibuat bagi mencapai objektif tersebut. (2) Analisis maklumat yang diperlukan berbeza-beza tertakluk kepada keputusan yang dibuat. (3) Pengumpulan keseluruhan keputusan dengan keperluan maklumat yang sama. (4) Reka bentuk sistem pemprosesan maklumat iaitu merupakan mekanik bagi sistem informasi (5) Reka bentuk sistem kawalan iaitu sistem maklumat pengurusan berkemungkinan mengesahkan kekurangan dalam bahagian-bahagian tertentu.

decentralizationpemencaran (kuasa)PendidikanTiada1. Pemencaran: Keadaan kuasa pengurusan pendidikan yang tidak berpusat dan keputusan pelaksanaan dibuat pada peringkat pengurusan negeri atau daerah.
risk analysisanalisis risikoPentadbiranTiada1. Kaedah yang menilai kesan risiko terhadap situasi pembuatan keputusan.
1234

Kembali ke atas