Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.bu] | کرابو

Definisi : Mn sj rojak (dibuat drpd campuran hirisan mentimun, bawang, lombok, garam dll); mengerabu membuat kerabu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.bu] | کرابو

Definisi : sj perhiasan yg dipakai di telinga, subang (nipis drpd emas); berkerabu memakai kerabu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.bu] | کرابو

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), Lophopetalum fimbriatum; 2. sj tumbuhan (pokok), pokok telur buaya, senayan api, Xanthophyllum rufum; 3. sj tumbuhan (herba), pokok getang, Spilanthes acmella. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.bu] | کرابو

Definisi : subang yg tipis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ra.bu] | کرابو

Definisi : makanan yg dibuat drpd hirisan mentimun atau sayur-sayuran yg dicelur serta dibubuhi kelapa parut, garam, lada dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerabu

Puisi
 

Terung asam terung berbulu,
     Mari ambil buat kerabu;
Jangan tuan salah keliru,
     Nak cari umbut terkena buku.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hilang kilat dalam kilau.

Bermaksud :

Kepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar. (Bandingkan dengan: Hilang ikan dalam kerabu).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERABU

KERABU, makanan yang diperbuat daripada hirisan sayur-sayuran atau buah-buahan yang dicampur dengan kerisik, bawang, udang, cili, asam dan garam.

BUDAYAMakanan
SUBANG

SUBANG, perhiasan telinga yang lazimnya dipakai oleh golongan wanita.  Subang diperbuat daripada pelbagai bahan dan dipakai di kedua-dua belah cuping telinga.  Di kalangan masyarakat Melayu, subang juga disebut sebagai anting-anting, gelinya dan kerabu sunting.  Subang merupakan salah satu perhiasan yang dipakai sejak zaman primitif.  Sehingga kini, masih terdapat kaum lelaki suku kaum etnik di merata dunia memakai subang.

BUDAYAPakaian
UMBUT

UMBUT, pangkal pucuk batang pokok palma seperti pokok kelapa, pokok pinang dan enau.  Umbut kelapa kerap dimasak dan disajikan sebagai lauk kenduri.  Ia dibuat masak lemak atau dimasak bersama-sama tulang lembu sebagai masak lemak berempah.  Umbut yang telah dimasak enak dimakan kerana ia lembut dan lemak kemanis-manisan.  Umbut juga boleh dibuat kerabu bersama-sama kerisik, udang dan bawang.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas