Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.dio.ak.ti.fan] | کراديواکتيفن

Definisi : sifat nuklid yg secara spon­tan memancarkan sinaran yg mengion. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keradioaktifan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERADIAKTIFAN

Keradioaktifan, satu tindak balas nuklear kerana ia melibatkan pereputan spontan bahagian nukleus sesuatu atom melalui pembebasan sinaran radioaktif alfa, beta dan gamma.

KIMIAProses/Tindak Balas
STRONTIUM

Strontium, unsur kimia, ialah logam lembut,

berwarna keperakan. Ia wujud sebagai bilangan

isotop (atom yang sama nombor atomnya tetapi

berbeza beratnya). Strontium 90 ialah isotop

radioaktif yang berbahaya yang terdapat pada

guguran (serpihan radioaktif di udara) daripada

beberapa letupan nuklear. Keradioaktifan

isotopnya memusnahkan tisu yang menghasilkan

darah pada manusia dan haiwan.

UMUM 
SODDY, FREDERICK

Soddy, Frederick (1877–1956) ialah ahli kimia

British yang menjalankan penyelidikan tentang

struktur atom. Dia menerima Hadiah Nobel tahun

1921 untuk kimia kerana penyelidikannya. Dia, dan

Ernest Rutherford, menunjukkan bahawa unsur

radioaktif berubah bentuk menjadi unsur kimia

yang lain semasa ia memancarkan keradioaktifan.

Soddy memberi nama isotop kepada atom

daripada unsur yang sama yang berbeza beratnya,

(lihat Isotop). Soddy lahir di Eastbourne, Sussex,

England dan menuntut di Oxford University. Dia

juga mengajar di universiti tersebut.

UMUM 

Kembali ke atas