Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.ja.an] | کراجاءن

Definisi : 1. negeri atau negara yg dikepalai oleh raja: ~ Malaysia; ~ Arab Saudi; 2. pe­me­rintahan, negara: ~ Indonesia berpar­limen; 3. martabat (kedudukan) raja: setelah nenda hilang, ayahanda Badanul meng­gantikan nenda di atas ~; 4. tanda-tanda alat kebesaran raja: pakaian ~; payung ~; takhta ~; 5. sifat sbg raja: jika tiada diketahui­nya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan tiada sempurna ~nya; 6. sl naik takhta, menjadi raja: jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.ja.an] | کراجاءن

Definisi : 1 negeri atau negara yg mempunyai raja sbg kepala pemerintahannya: ~ Arab Saudi. 2 pemerintahan atau pemerintah sesebuah negara: ~ Thailand. 3 naik takhta; menjadi raja: Jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini. ~ campuran pemerintahan yg anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai parti (bukan drpd satu parti politik). ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (iaitu seluruhnya, bukan kerajaan negeri atau bahagian). ~ tempatan 1 pemerintahan (pentadbiran) di peringkat daerah spt pekan, bandar. 2 sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
e-kerajaanurusan atau perkhidmatan kerajaan yg dilaksanakan secara dalam talian, mis myIDENTITY, myHEALTH dan myemailKamus Dewan Perdana
embargoperintah drp kerajaan yg melarang semua kegiatan perdagangan dgn sesebuah negara atau kegiatan mengeksport atau mengimport barangan tertentu, biasanya dlm masa permusuhanKamus Dewan Perdana
eksaiscukai yg dikenakan oleh kerajaan atas barangan tertentu spt rokok, arak atau kenderaan bermotor yg diimport dr sesebuah negara atau dikilangkan dlm negara tsbKamus Dewan Perdana
espionajpenggunaan pengintip oleh sesebuah kerajaan atau organisasi utk mendapatkan rahsia politik, ketenteraan atau industri drp negara atau organisasi tertentuKamus Dewan Perdana
elektoralberkaitan dgn pemilihan pemimpin, terutamanya dlm kerajaan, parti politik dsbKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas