Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.ja.an] | کراجاءن

Definisi : 1. negeri atau negara yg dikepalai oleh raja: ~ Malaysia; ~ Arab Saudi; 2. pe­me­rintahan, negara: ~ Indonesia berpar­limen; 3. martabat (kedudukan) raja: setelah nenda hilang, ayahanda Badanul meng­gantikan nenda di atas ~; 4. tanda-tanda alat kebesaran raja: pakaian ~; payung ~; takhta ~; 5. sifat sbg raja: jika tiada diketahui­nya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan tiada sempurna ~nya; 6. sl naik takhta, menjadi raja: jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.ja.an] | کراجاءن

Definisi : 1 negeri atau negara yg mempunyai raja sbg kepala pemerintahannya: ~ Arab Saudi. 2 pemerintahan atau pemerintah sesebuah negara: ~ Thailand. 3 naik takhta; menjadi raja: Jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini. ~ campuran pemerintahan yg anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai parti (bukan drpd satu parti politik). ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (iaitu seluruhnya, bukan kerajaan negeri atau bahagian). ~ tempatan 1 pemerintahan (pentadbiran) di peringkat daerah spt pekan, bandar. 2 sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unitary governmentkerajaan kesatuanPentadbiranPentadbiran Awam

Bentuk pemerintahan negara yang berasaskan kepada satu kerajaan terpusat berbanding dengan persekutuan yang memperlihatkan dua lapisan kerajaan seperti kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan unitari memiliki segala bidang kuasa pemerintahan, kekayaan ekonomi, segala sumber yang diperoleh dan tidak memberi autonomi kepada mana-mana bahagian dalam negara tersebut walaupun terdapat golongan minoriti yang berbeza etnik, budaya mahupun agama dengan masyarakat terbanyak dalam negara tersebut. Pemerintahan dari ibu negara biasanya menguasai pentadbiran negara ini walaupun kawasan pedalaman yang berjauhan. Contoh negara unitari ialah Filipina, Indonesia, Thailand dan Sri Lanka. Dalam negara seperti ini lazim wujud gerakan pemisahan yang menuntut autonomi atau kemerdekaan kerana tertindas oleh kerajaan yang memberi kelebihan kepada golongan majoriti.

unitarykesatuanSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan negara yang berasaskan kepada satu kerajaan terpusat berbanding dengan persekutuan yang memperlihatkan dua lapisan kerajaan seperti kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan ini menguasai segala bidang pemerintahan, kekayaan ekonomi dan segala sumber yang ada dalam negara tersebut walaupun dalam negara ini juga terdapat golongan minoriti yang berbeza etnik, budaya dan agama. Dalam negara seperti ini, biasanya wujud gerakan pemisahan yang menuntut autonomi atau kemerdekaan kerana tertindas oleh kerajaan yang memberi kelebihan kepada golongan majoriti. Contohnya Filipina, Indonesia, Thailand dan Sri Lanka.
government awardiqta’EkonomiEkonomi IslamProjek yang diberikan oleh kerajaan pusat, kerajaan negeri, agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan kepada pihak tertentu. Iqta’ boleh diterima sama ada melalui pembidaan di pasaran terbuka atau secara kurniaan. Semua projek kerajaan boleh digunakan sebagai aset pendasar dalam penstrukturan bon Islam. Contohnya, projek konsesi, projek pembinaan, projek bekalan dan perkhidmatan.
federalismfederalismeSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan atau pentadbiran negara yang terbahagi kepada dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Dalam sesebuah negara yang memiliki banyak wilayah, pembahagian ini dibuat kerana wilayah-wilayah tersebut mahukan autonomi dalam bidang tertentu. Sistem ini mengutamakan hak autonomi bagi golongan minoriti dan wilayah yang terpisah. Perlembagaan dalam sistem ini membahagikan kuasa negeri dan kuasa pusat kepada dua senarai yang berbeza. Kerajaan pusat biasanya menguasai bidang yang penting seperti hal-ehwal luar, keselamatan dalam negeri, kewangan dan pendidikan, manakala kerajaan negeri menguasai bidang-bidang seperti kebudayaan, sumber alam, tanah, cuti am dan agama. Namun begitu, terdapat juga sistem persekutuan yang mewujudkan senarai bersama iaitu bidang kuasa yang dikongsi antara kerajaan pusat dan negeri. Contohnya Malaysia, Kanada, India dan Australia. Sinonim faham persekutuan.
confederationpergabunganSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pentadbiran kerajaan yang terdiri daripada gabungan beberapa wilayah dalam satu unit politik. Walaupun bergabung, setiap wilayah masih mengekalkan darjah autonomi yang tinggi dalam urusan pentadbirannya. Dalam sistem ini, terdapat dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan pusat hanya bertindak sebagai penyelaras dalam struktur hubungan antara negeri-pusat dan juga antara negeri-negeri. Kerajaan negeri pula menguruskan hal ehwal dalaman. Contohnya, negara Jerman semasa era Wehmier pada abad ke-16 mengamalkan sistem ini.
residual powerkuasa bakiSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang menjadi milik kerajaan pusat setelah pihak lain tidak menuntutnya. Fenomena ini banyak terjadi dalam negara persekutuan yang membahagikan kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kuasa kerajaan negeri menjadi milik autonomi negeri dan tidak boleh diganggu oleh kerajaan pusat. Sekiranya terdapat bidang kuasa yang tidak tersenarai dalam senarai negeri atau pusat maka ia dikatakan sebagai kuasa baki dan lazimnya menjadi milik kerajaan pusat. Sinonim kuasa residual.
intragovernmental coordinationpenyelarasan dalam kerajaanPentadbiranPentadbiran Awam

Koordinasi pentadbiran di pelbagai peringkat kerajaan bermula dari kerajaan pusat, kementerian, negeri, jabatan, agensi kerajaan hingga ke peringkat daerah dan mukim. Penyelarasan dalaman ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran, perkhidmatan, penjimatan perbelanjaan serta masa dan memperbaiki kualiti produk. Penyelarasan hanya boleh dibuat apabila wujud kefahaman tentang peranan dan bidang tugas setiap peringkat kerajaan. Satu mekanisme khas diwujudkan bagi melicinkan penyelarasan ini seperti penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Negeri.

governmental agencyagensi kerajaanPentadbiranPentadbiran Awam

Badan yang ditubuhkan untuk melaksanakan sesuatu tugas khas bagi melicinkan pelaksanaan projek atau dasar kerajaan. Agensi kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan pembangunan sektor tertentu seperti pendidikan, perindustrian, perikanan, pemasaran, keusahawanan dan pertanian. Pada peringkat awal, semua tanggungjawab ini diuruskan oleh kementerian, namun agensi kerajaan ditubuhkan bagi menyokong tugas kementerian dalam pembangunan bidang tertentu sebagai strategi pembangunan khusus. Contohnya, MARA, LKIM, RISDA, FAMA dan PORLA.

local governmentkerajaan tempatanPentadbiranPentadbiran Awam

Salah satu peringkat kerajaan yang wujud dalam sesebuah negara. Penubuhannya bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran. Institusi ini mempunyai autonomi kewangan dan berhak menggubal undang-undang kecil yang berkaitan dengan bidang kuasanya. Kuasa kerajaan tempatan tertakluk di bawah kerajaan negeri. Walau bagaimanapun kerajaan persekutuan, melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuasa mengarah, membantu serta mengawal kerajaan tempatan di seluruh negara. Kerajaan tempatan berfungsi memberikan perkhidmatan perbandaran di kawasan yang telah ditetapkan. Antara perkhidmatan tersebut ialah penjagaan kesihatan awam, kebersihan awam dan menyediakan sistem memungut sampah. Terdapat tiga jenis kerajaan tempatan di Malaysia, iaitu Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

imperium in imperiokerajaan dalam kerajaan/ imperium in imperioSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
12345678910...

Kembali ke atas