Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUKHTAR AL-THAQAFIY AL-

Mukhtar al-Thaqafiy al- (1 H.–67 H/622 M.–687

M.), salah seorang daripada ketua revolusi

menentang kerajaan Bani Umayyah. Nama penuhnya

ialah Abu Ishaq al Mukhtar ibn Abi ibn Mas’ud al-

Thaqafi. Dia berasal daripada Taif dan berpindah ke

Madinah mengikut bapanya semasa pemerintahan

Khalifah Umar r.a. Bapanya pergi ke Iraq dan syahid

dalam Perang al-Jisri, meninggalkan al-Mukhtar al-

Taqafiy di Madinah dan hidup di kalangan Bani

Hasyim. Abdullah ibn Umar mengahwini kakaknya

yang bernama Safiyyah. Kemudian al-Mukhtar al-

Taqafiy hidup bersama ‘Ali r.a. di Iraq dan tinggal di

Basrah selepas kematian Ali.

UMUM 
RANGOON

Rangoon (pend. 1 315 964; pend. kaw. met. 2 452 881)

ialah ibu negara dan bandar raya terbesar di

Myanmar (Burma). Rangoon juga pelabuhan utama

dan pusat industri negara. Pada tahun 1989,

kerajaan Myanmar menukarkan nama bandar raya

ini daripada Rangoon kepada Yangon. Rangoon

terletak di selatan Myanmar di kedua-dua tebing

Sungai Rangoon kira-kira 32 kilometer ke utara

Teluk Martaban, sebahagian dari Lautan Hindi.

Untuk lokasinya lihat Burma (peta).

UMUM 
PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948)

Perjanjian Persekutuan (1948), perjanjian

bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada

1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan

Union . Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan

Persekutuan dengan menggabungkan semua

negeri-negeri Melayu, iaitu Perlis, Kedah, Pulau

Pinang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,

Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu

unit. Dengan itu terhapuslah konsep Negeri-negeri

Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak

Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, yang wujud

sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu.

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah

asas pembentukan negara Tanah Melayu yang

merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963).

UMUM 
KESATUAN MELAYU MELAKA

1.7pt; mso-ansi-language: MS">KESATUAN MELAYU MELAKA1.7pt; mso-ansi-language: MS">, persatuan politik nasionalisme Melayu yang ditubuhkan di Melaka pada tahun 1927. Pemimpinnya terdiri daripada guru sekolah Melayu dan pegawai rendah kerajaan. Salah seorang pemimpin aktif kesatuan ialah Haji Talib Karim, Ketua Menteri Melaka (1970-an). Guru merupakan tenaga pemimpin yang utama di Melaka, kerana di Melaka tidak terdapat golongan pembesar tradisional seperti negeri Melayu yang lain. Sistem feudalisme Melayu telah hilang di Melaka sejak penjajahan Portugis pada tahun 1511. Akibatnya, sistem feudalisme atau tradisional masyarakat Melayu yang bermula di Melaka pada abad ke-15 telah berkembang ke negeri lain yang muncul selepas kejatuhan empayar Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
DUARTE, JOSÉ NAPOLEON

Duarte, José Napoleon (1926–1990),

mula menjawat jawatan Presiden EI Salvador

yang dipilih pada 1 Jun 1984. Dia berkhidmat

sebagai presiden kerajaan junta tentera dari tahun

1980 hingga tahun 1982.

UMUM 
SURUHANJAYA COBBOLDKapsyen1">          :1">           Anggota Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold (tengah)

 

SURUHANJAYA COBBOLD, suruhanjaya untuk mengkaji pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan penubuhan Malaysia dan menggubal Perlembagaan Malaysia.  Suruhanjaya ini ditubuhkan pada bulan Januari 1962.  Suruhanjaya Cobbold dipengerusikan oleh Lord Cobbold dengan ahlinya Sir Anthony Abell, bekas gabenor Sarawak; Sir Edward Watherston, bekas Ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu; Datuk Wong Pow Nee dan Muhammad Ghazali Shafie, kedua-duanya pegawai Tanah Melayu.  Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya di Sabah dan Sarawak dari 20 Februari hingga 18 April 1962 dan laporannya dikeluarkan pada bulan Jun 1962.  Lebih daripada 4000 orang telah ditemu ramah dan sebanyak 2200 memorandum diterima dalam tempoh dua bulan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PRETORIA

Pretoria (pend. 525 583; pend. kaw. met.

1 025 790) ialah ibu negara pentadbiran Afrika

Selatan dan bandar yang keempat terbesar. Ia

terletak di utara provinsi Gauteng. Luas kawasan

perbandarannya ialah 630 kilometer persegi.

Pretoria mempunyai banyak jabatan kerajaan dan

beribu-ribu orang pekerja awam.

UMUM 
PEMBERONTAKAN BRUNEI

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEMBERONTAKAN Brunei,  peristiwa pemberontakan menentang kerajaan Brunei pada masa pemerintahan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien.  Peristiwa ini berlaku pada 8 Disember 1962 dan dicetuskan oleh Parti Rakyat Brunei (PRB).  PRB bertindak untuk membuat pembaharuan dalam sistem pemerintahan tradisi.  Ini selaras dengan matlamat PRB iaitu untuk mewujudkan kerajaan baharu yang dikenal sebagai Negara Kesatuan Kalimantan Utara (NKKU) yang terdiri daripada Sabah, Sarawak dan Brunei.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
SACRAMENTO

Sacramento (pend. 369 365; pend. kaw. met.

1 481 102) ialah ibu negeri California di Amerika

Syarikat dan pusat perdagangan bagi sebuah

kawasan perladangan yang subur. Ia terletak di

persimpangan Sungai Sacramento dan Amerika

di Lembah Sacramento California, lebih kurang

135 kilometer di timur laut San Francisco.

Ekonomi Sacramento bergantung terutamanya

pada operasi kerajaan. Bandar Sacramento

mempunyai lebih daripada 300 loji pembuatan.

Pengeluaran enjin roket dan pemprosesan makanan

merupakan industri utama di kawasan itu.

UMUM 
PENAJIS

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENAJIS, tempat penabalan Yang Dipertuan Besar Seri Menanti hingga tahun 1830.  Penajis adalah sebuah kampung dalam daerah Rembau.  Penajis juga nama sebatang sungai mengambil sempena nama kampung tersebut .  Pada masa dahulu, Penajis dikenal dengan nama Kampung Penajuh.  Sejarah Melayu ada menyebut Sungai Penajuh semasa menggambarkan keagungan kerajaan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).  Nama ini selari dengan cerita lisan tempatan yang menyatakan bahawa kampung tersebut telah dibuka oleh  Datuk Najuh.  Makamnya terletak di tebing Sungai Penajis berhampiran  dengan balai raya Kampung Bandar Penajis sekarang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
1234

Kembali ke atas