Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.ji.nan] | کراجينن

Definisi : 1. perihal rajin, kegiatan, kete­kun­an: guru hendaklah mendatangkan ke­cenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (me­ng­-hasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai me-majukan ~ rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.ji.nan] | کراجينن

Definisi : hal atau sifat rajin; ketekunan: Kerana ~ belajar, mereka lulus dgn mendapat markah yg tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rajin
1. Bersinonim dengan tekun
( bersungguh-sungguh, tekun, getol, beria-ria, gigih, giat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan malas

2. Bersinonim dengan selalu
( sentiasa, kerap, kerap kali, acap kali, sering, sering kali, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : merajinkan, kerajinan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERAJINAN AMAI SETIAKERAJINAN AMAI SETIA, perkumpulan wanita yang pertama ditubuhkan di Sumatera, Indonesia.  `Amai’ dalam bahasa Minangkabau bererti ibu.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan
SITI ROHANA KUDUS

SITI ROHANA KUDUS (1884-1972), pengasas Kerajinan Amai Setia, sebuah perkumpulan wanita yang pertama di Sumatera Barat , Indonesia.  Dia lahir pada 20 Disember 1884 di Kota Gadang, Bukittinggi, Sumatera, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Siti Rohana binti Muhammad Rasjad gelar Maharaja Sutan.  Dia lebih dikenal dengan nama Rohana Kudus, iaitu cantuman nama suaminya, Abdul Kudus.  Dia adalah kakak kepada Sutan Syahrir,  tokoh nasionalis Indonesia.  Rohana Kudus menerima pendidikan awalnya secara tidak rasmi daripada guru dan ibu angkatnya, Adiesa, isteri seorang jaksa di Alahan Panjang.  Adiesa mengajarnya mengaji al-Qur’an, membaca dan menulis Jawi dan Rumi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas