Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj sirih (daunnya lebar); 2. = sirih ~ daun sirih yg keras dan tebal; bagai ~ atas batu (tumbuh di batu), hidup enggan mati tak mahu prb hidup melarat dan miskin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerakap I

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke paya,
     Sambil mencari anak ketulu;
Apa nak pandang kepada saya,
     Umpama kerakap di atas batu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Silang berpangkal kerakap berjumpa junjung.

Bermaksud :

Dalam tiap-tiap pekerjaan mestilah ada yang dituakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Silang berpangkal, kerja berjunjung).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Phyllagathis rotundifoliaTapak sulaiman, kerakap rimba, tutup bumi rimbaPertanianTiadaTumbuhan jenis herba dalam famili Melastomataceae juga dikenali sebagai kerakap rimba dan tutup bumi rimba. Herba ini terdapat di kawasan hutan yang teduh dan lembab. Daunnya tebal, berbentuk bulat dan bersaiz besar. Bahagian bawah daun dan tangkainya berwarna merah hati. Keseluruhan tumbuhan ini digunakan untuk mengubati demam, tonik wanita lepas bersalin untuk memberi tenaga dan membaiki sistem peranakan dan mengubati sakit perut.
Phyllagathis griffithiikerakap rimauHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba dalam famili Melastomataceae yang dikenali juga sebagai tutup bumi rimba, tapak sulaiman dan seriau malam. Kerakap rimau tumbuh subur dalam hutan pamah yang lembap dan teduh. Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu yang pendek dan menjalar di atas tanah. Daunnya besar, berbentuk hati, panjang dan lebar sehingga 25 cm dan bertekstur keras. Tangkai daun panjang sehingga 20 cm. Bunganya kecil berwarna putih. Akar digunakan dalam ramuan herba untuk wanita, yang berfungsi untuk memberikan tenaga, membaiki pengaliran darah dan mengecutkan rahim. Air rebusan daun dan akar digunakan untuk mengubati demam.
perchikan kakap; kerakapPerikananTiadaTiada
perchikan kakap; kerakap; tetenggekVeterinarTiadaTiada
perchikan kakap; kerakap; tanda tenggekGeografiTiadaTiada
perchikan kakap; kerakapPertanianTiadaTiada
Phyllagathis rotundifoliatapak sulaimanHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis herba dalam famili Melastomataceae yang dikenali juga sebagai kerakap rimba dan tutup bumi rimba. Herba ini terdapat di kawasan hutan yang teduh dan lembap. Daunnya tebal, berbentuk bulat dan bersaiz besar. Bahagian bawah daun dan tangkainya berwarna merah hati. Keseluruhan tumbuhan ini digunakan untuk mengubati demam, dibuat tonik ibu selepas bersalin untuk memberi tenaga dan membaiki sistem peranakan dan mengubati sakit perut.

Kembali ke atas