Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.mai.an] | کراماين

Definisi : 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di per­desaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyam­but hari kemerdekaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
magandang Mr Tlmajlis keramaian.Upacara Magandang adalah merupakan upacara keriaan. Tujuannya adalah untuk bersukaria terutama sekali ketika adanya majlis-majlis keramaian nikah kahwin, selepas menuai dan lain-lain lagi.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gawai Ibperayaan keramaian dalam kalangan masyarakat Iban.Nanga Tiga begitu sibuk seperti menyambut gawai.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tinau, *tinauk* Mrpesta keramaian yang dihadiri seluruh penduduk setempat. Biasanya makanan yang dihidang sepanjang pesta selama seminggu ialah air tapai, babi, lembu dan ayam. Sehingga makanan habis barulah semua pulang. Acara ini diwajibkan sekali seumur hidup. Selepas itu, menantu bebas daripada cengkaman berian.Linus Antakin, 39, bingung memikirkan bagaimana dia mahu mencari wang untuk memuaskan hati mentuanya. Selain telah menghadiahkan pelbagai barangan, dia dituntut mengadakan majlis tinau – kemuncak pada adat berian.Beri Sampai Mati BahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sandau hari Ibmajlis keramaian bagi menandakan kegembiraan, diadakan pada siang hari sahaja.Bapa mentuanya sungguh gembira menyambut ketibaannya itu. Mereka pun terus mengadakan upacara ‘sandau hari’ untuk menandakan kegembiraan.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
belang Bj Smmajlis keramaian.Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka,” terang Cikgu Damit lagi.Detik-detik dalam PerjalananGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mongigol Kdtarian tradisional suku kaum Rungus dlm pesta keramaian.Mongigol yang sama dihadirinya beberapa bulan lalu membawa kenangan kepada Lagan. Pemuda Rungus berkulit cerah ini ditemuinya pertama kali ketika menyaksikan Mongigol dalam irama samundai yang indah Pertemuan pertama itu kini mengheretnya ke suatu suasana yang menggerunkan.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lumingok, *lumingo* Mrsejenis tarian yang ditarikan dalam upacara keramaian yang dianjurkan oleh suku kaum Murut seperti majlis bersukaria, majlis kahwin atau majlis kesyukuran dan tidak boleh ditarikan sewaktu suku kaum tersebut ditimpa malapetaka seperti kematian dan sebagainya.Seperti juga suku kaum lain, kaum Timugon mempunyai tarian tradisi yang unik dan menarik perhatian banyak orang. Tarian yang dimaksudkan ialah Tarian Lumingok.Pemujaan semangat dewa dewiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
labung Ibkain tenun untuk melilit kepala lelaki semasa menghadiri keramaian atau perayaan.Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jungkil Bj Smsejenis tarian tradisional yang ditarikan dalam majlis keramaian.Jungkil juga merupakan satu lagi tarian suku kaum Bajau. Tarian ini banyak ditarikan oleh masyarakat Bajau yang mendiami daerah Papar seperti di kampung Kuala, Pengalat Kecil, Bundusan dan Kawang.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
garusai Ihsejenis tarian beramai-ramai secara beriringan dalam majlis keramaian yang ditarikan di atas pentas yang di bahagian tengahnya diletakkan setalam abu.Tarian Garusai ini sama keadaannya dengan tarian Runsai bagi kaum Tidung. Ianya ditarikan pada sebuah pentas atau dewan, di mana di tengah pentas atau dewan itu akan diletak setalam abu untuk menjadi bekas membuang ludah dan puntungan rokok.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
123

Kembali ke atas