Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.ni] | کراني

Definisi : pekerja di pejabat yg membuat kerja­kerja rencam (spt pengurusan surat, fail, rekod, dokumen, dsb); ~ bank kerani yg bekerja di bank; ~ besar kerani kanan yg mengepalai sekumpulan kerani di pejabat dsb; ~ cabuk bp panggilan bagi seseorang kerani tingkatan biasa, terutamanya yg telah lama berkhidmat, biasanya digunakan utk merendah diri atau menghina seseorang; ~ fail kerani yg menyelenggarakan atau mengurus fail pejabat; ~ pos kerani yg bekerja di pejabat pos; ~ sementara kerani yg perkhidmatannya boleh ditamatkan pd bila-bila masa; perkeranian yg berkaitan (berhubungan) dgn kerani atau tugas dan tanggungjawab kerani: drpd jumlah itu, golongan pekerja ~ dan teknik merupakan jumlah penyertaan yg terbanyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.ni] | کراني

Definisi : pekerja di pejabat yg menyimpan rekod, akaun dll; jurutulis. perkeranian segala urusan yg berkaitan dgn tugas kerani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerani

Puisi
 

Sayang kenyalang berbonet bata,
     Baba Siong menjadi kerani;
Alang-alang bertikam mata,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sebagai seorang pelajar............................ Ibu bekerja sebagai seorang kerani........... Mengapa penggunaan Seorang tidak tepat dalam ayat ini?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seorang bermaksud satu orang dan sendiri.  Orang merupakan penjodoh bilangan bagi manusia dan tidak perlu menggunakannya bagi menunjukkan pelajar atau kerani berdasarkan konteks ayat yang dinyatakan. Perkataan 'pelajar' dan 'kerani' sudah diketahui sebagai manusia dan satu orang. Oleh itu, 'seorang' perlu digugurkan dan memadai ..Sebagai pelajar... Ibu bekerja sebagai kerani...Tatabahasa01.08.2012
salam, saya bertugas sebagai seorang kerani, boleh saya tahu bagaimana ejaan perkataan baikpulih, membaikpulih . Adakah perkataan ini dijarak atau dicamtun. Teria KasihEjaan yang betul ialah baik pulih dan membaik pulih.Tatabahasa20.10.2011
Salam. Adakah ayat di bawah ini ayat pasif? Kenapa? 1. Asmah bekerja sebagai kerani di sayarikat penerbangan itu. 2. Pertandingan selama dua hari itu sudah tamat. 3. Cermin belakang kereta itu sudah pecah. 4. Perempuan itu menjerit dengan sekuat hati.Keempat-empat ayat tersebut bukan ayat pasif. untuk makluman tuan, ayat pasif ialah yang mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja berawalan di- dengan kata sendi nama oleh. Contohnya "semua kerja sekolah telah saya siapkan" dan "bola disepak oleh Ali".Tatabahasa29.08.2014
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan, memadam dan memadamkan? terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita. Memberikan pula bermaksud 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan. Istilah yang betul ialah memadamkan, bukan memadam yang bermaksud 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. meng­hilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan;  Tatabahasa29.07.2010
Apakah yang dimaksudkan dengan Pembantu Tadbir?

Salam sejahtera,

Terdapat empat skim perkhidmatan yang mempunyai gelaran Pembantu Tadbir. Skim perkhidmatan tersebut ialah:

1.     Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dahulunya dikenali sebagai Kerani

2.     Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) dikenali juga sebagai Personal Assistant kepada seseorang pegawai

3.     Pembantu Tadbir Rendah dikenali juga sebagai Jurutaip

4.     Pembantu Tadbir Tanah yang berkhidmat dengan jabatan yang melaksanakan urusan yang berkaitan dengan    

       pengurusan tanah.

Terima kasih.

 

Lain-lain08.10.2008
SAYA INGIN MENCARI PEKERJAAN DALAM BIDANG PENGKERANIAN DI DBP

Sdr,

Sila layari laman web DBP dari masa ke masa untuk melihat iklan jawatan kosong di DBP. Buat masa ini permohonan untuk jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) atau Kerani telah ditutup.

Terima kasih.

Lain-lain14.02.2009
Sila semak struktur ayat-ayat berikut: 1. Jika ibu bapa hendak membawa anak keluar dari daerah Sandakan untuk bercuti semasa hari persekolahan, ibu bapa harus membawa surat memohon cuti berjumpa dengan guru besar. 2. Jika ibu bapa hendak membawa anak balik awal semasa hari persekolahan, ibu bapa harus berjumpa dengan kerani sekolah untuk mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Ibu bapa harus membawa Borang Kebenaran Balik Awal ke kelas anak dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar dari pintu sekolah. 3. Jika murid tidak dapat hadir pada kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum. Ibu bapa harus membawa anak berjumpa dengan Penolong Kanan I (kelas tambahan) atau Penolong Kanan III (aktiviti kokurikulum) dan mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Borang tersebut hendaklah menyerah kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar dari pintu sekolah. 4. Semua alat persekolahan murid mesti menulis nama atau melekat nama. Setiap hari Isnin, ada seorang guru bertugas di kantin B untuk murid menemukan barang-barang yang tercicir di sekolah. 5. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia diadakan oleh pihak sekolah pada 2 Julai 2011(Hari Sabtu) .

1. Jika ibu bapa hendak membawa anak keluar dari daerah Sandakan semasa hari persekolahan, ibu bapa harus mengemukakan surat memohon cuti dan berjumpa dengan guru besar.

2. Jika ibu bapa hendak membawa anak balik awal semasa hari persekolahan, ibu bapa harus berjumpa dengan kerani sekolah untuk mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Ibu bapa harus membawa Borang Kebenaran Balik Awal ke kelas anak dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar daripada pintu pagar sekolah.

3. Jika murid tidak dapat hadir ke kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum, ibu bapa harus membawa anak berjumpa dengan Penolong Kanan I (kelas tambahan) atau Penolong Kanan III (aktiviti kokurikulum) dan mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar daripada pintu pagar sekolah.

4. Semua alat persekolahan murid mesti ditulis nama atau dilekatkan tanda nama. Setiap hari Isnin, seorang guru bertugas di kantin B dan murid-murid boleh menyerahkan barang yang dijumpai kepada guru tersebut.

5. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan diadakan oleh pihak sekolah pada 2 Julai 2011(Hari Sabtu) .

Tatabahasa26.06.2011
Salam Sejahtera, saya hamizah wakil syarikat coastal marine engineering sdn bhd ingin membuat permohonan lesen premis perniagaan dan iklan di atas permohonan secara talian. Mohon pihak anda dapat memberi tunjuk ajar kepada saya,untuk mendaftar lesen premis perniagaan dan iklan secara permohonan atas talian untk syarikat kami. sekian terima kasih. hamizah ismail kerani pejabatLayari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik e-Perkhidmatan, klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Sila ikuti panduan dalam domain tersebut untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain05.05.2015
Adakah perkataan 'menghubungkan' digunakan dengan 'kepada' 'dengan' atau 'pada' ? contohnya "WiFi menghubungkan anda kepada dunia" , adakah 'kepada' betul di sini? Dan bolehkah sesuatu ayat dimulakan dengan perkataan 'Dengan' ?Ayat yang betul ialah "WiFi menghubungkan anda dengan dunia". Kata sendi nama "kepada" terletak dihadapan kata nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Sebagai contoh, "sila kembalikan borang itu kepada kerani pejabat ini"Tatabahasa12.11.2015
saya muhammadikran mama saya sedang belajar bahasa melayu.dasar di universiti fatoni.ingin bertanya dbp.apakah maksud ayat bersusun.terima kasih

Selamat petang:
Untuk makluman, tidak terdapat istilah "ayat bersusun"dalam rekod kami. Kami berpendapat istilah yang dimaksudkan ialah ayat majmuk.  Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal.

Contoh ayat majmuk:

1. Ali guru tetapi adiknya kerani
2. Anak itu lapar kerana belum diberi susu.
3. Selendang ini untuk ibu manakala songkok itu untuk ayah dan baju ini untuk adik.

Tatabahasa22.09.2016
12

Kembali ke atas